Pages

Saturday, March 19, 2011

Bardawil: Hamas Sedia Selesaikan Semua Perselisihan di Meja Dialog



Rujukan: PalestinKini.info
Sabtu , 19/03/2011 - Tokoh Hamas, Dr. Shalah Bardawil menyambut rancangan kunjungan Mahmud Abbas ke Gaza “Untuk menamatkan perpecahan dan menjayakan persatuan nasional”, beliau menegaskan bahawa pemerintahan Haneya akan menjamin keamanan kunjungan tersebut.
Dalam satu pernyataan akhbar, Khamis (17/3) Bardawil menjelaskan bahawa kunjungan Mahmud Abbas ke Semenanjung Gaza mencerminkan langkah yang betul.
Beliau menyatakan, “PM Ismail Haneya telah melancarkan inisiatif pertemuan untuk mengakhiri perpecahan, kemudian datang pengumuman Mahmud Abbas… kami menyambut baik pengumuman ini, dan sedia menyambut kedatangannya di Gaza untuk mengakhiri perpecahan serta sedia menyelesaikan isu yang diperselisihkan di meja dialog. Kami telah meminta pihak pemerintah untuk bersiap sedia menerima kunjungan dalam keadaan yang aman”
sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

Post a Comment

Undi Anda adalah Rahsia