Pages

Sunday, March 25, 2012

Dimensi Berfikir...


Kadang-kadang kita jangan terlalu cepat melatah dengan tindakan orang lain..
Kalau kita cepat melatah, itu menunjukkan kita memang kurang bijak.
Kita kena melihat dimensi orang yang melakukan tindakan tersebut.
Dimensi berfikir,
Bagaimana seseorang itu berfikir sehingga boleh terjadi tindakan tersebut,
Kalau kita hanya memikir dimensi kita,
kita akan dapati diri kita tidak ke hadapan,
mundur, mandom, lembab dan sebagainya...

Kita cepat marah, kita merasakan kita yang benar,
kita hanya berada dalam kepompong kita,
dalam ruang lingkup yang statik,
Fanatik akan mencengkam,
Tuduhan menkhindzir buta kepada semua,
semua dipukul sama rata....

Merantau ke negara orang,
Banyak membaca,
Banyak mengkaji,
banyak berfikir,
membuatkan kita lebih terbuka,
terbuka pemikiran,
mampu mendengar dan berkongsi pendapat.
.................................................................................................................................

Cara berfikir yang berbeza;
Satu hari saya di perpustakaan universiti bagi mentelaah beberapa buku,
Library di universiti saya bertingkat-tingkat, lebih kurang 5 tingkat termasuk basement,
Saya ingin menaiki lif dari ground floor ke tinggkat dua,
Lif tersebut berada di tingkat 4,
Sambil menunggu ada seorang member arab datang,
saya tekan button anak panah atas, tak lama kemudian member arab tekan button anak panah ke bawah,
Member arab tersebut tegur saya,
Kenapa awak tekan button anak panah ke atas?
Jawab saya: saya nak ke tingkat atas,
arab tu pun jawab: ana kaman (Saya juga).. Habis tu kenapa tekan button anak panah ke atas?
Saya agak pelik... Soal saya kat member tu: Habis tu kenapa tekan button anak panak ke bawah sedangkan awak nak ke tingkat atas?
 Dengan selambanya dia jawab: tekan button ke bawah supaya lif di tingkat 4 turun, yang awak tekan button anak panah ke atas itu sebenarnya digunakan untuk mengarahkan lif yang berada di bawah bergerak ke atas.....
Padahal lif tu sebenarnya sama saja mcam lif yang lain.

Dalam hati saya: macam-macam jenis orang aku jumpa... ada orang boleh fikir sampai macam tu...

p/s: berfikirlah dalam banyak sudut, jangan dalam satu aliran pemikiran sahaja...

Qassam Mujahid,
Bayt Sahel,
5.25PM (Jordan),
25/3/2012.



Sunday, March 4, 2012

Langkah Bermula


Buruk gila... jalan cerita tak menarik langsung,
tak dak cerita lain ka nak buat,
nak muntah aku tengok video ko.

Aku hanya mampu tersenyum, menahan kelat di dada,
seolah hati disiat-siat,

Aku cuba optimis,
cuba.... cuba... dan terus cuba...

Aku cuba sabar,
sabar... sabar... sabar... dan terus bersabar..

Terus aku berfikir sejenak...
Ini adalah permulaan bagi aku, kenapa harus gugur?
Kenapa harus sungkur?
Kenapa...?
Kenapa..?
Awaaat...?

Aku melihat seorang bayi yang lahir,
bertatih untuk berjalan, bertatih untuk berdiri,
bertatih untuk berlari...
belajar dari baby

Bukankah ia bermula dari zero menjadi hero?
Bukankah ia lahir dengan tidak tahu berjalan malah berdiri?

Satu semangat datang menyapa aku,
aku juga baru bermula..
langkah baru diatur mula.
kenapa perlu menganggap diri ini sudah sempurna.
sudah perkasa,
sudah mahir....

Maka aku harus terus berjalan,
terus berlari,
bukankah Salju di Ajloun menjadi saksi kesungguhan aku?

Satu kalimah yang aku akan ingat buat selamanya:
"Permulaan yang berapi-api, seharusnya akan melahirkan pengakhiran yang bersinar-sinar"

Qassam Al-Mujahid,
Bayt BB, 5.07pm.



Undi Anda adalah Rahsia