Pages

Sunday, July 8, 2012

Klau Baik tak Semestinya Baik buat Kita

Salam...
Sihat semua..
lama rasanya tak menulis di teratak ni..
dah bersawang,
nyamuk pun banyak..
berhabuk.. patutlah bersin beberapa kali tadi.

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan masa dan ruang untuk kita berkongsi rasa dan perasaan.. dan Alhamdulillah juga akhirnya dapat balik Malaysia yang dirinduii.. banyak masa perlu diisi dengan keimanan kepada Allah Azza wa Jalla.. kalau tidak habis masa muda  ni..

Patutlah Allah SWT dah peringat awai2 lg dalam kitab cinta Al-Quran dalam Surah al-Asr.. Semua manusia itu berada dalam kerugian kecuali manusia yang memiliki 4 perkara iaitu iman, amal soleh, berpesan dalam kebenaran dan sabar.

Hari tu pergi satu program, sorang ustaz nie bagi penyampaian, terbaiklah..
bukan pasal ustaz yang nak diceritakan, tapi teringata satu isi yang menarik yang amat baik dikongsikan di sini.

menarik nya; Tak semua perkara yang disangka baik bagi kita adalah yang terbaik di sisi kita, boleh jadi buruk di sisi kita.
Dan tak semua perkara yang disangka buruk bagi kita adalah buruk  bagi kita, boleh jadi perkara tersebut baik untuk kita.


 Malah dibawa satu cerita tentang nabi kita Yusoff AS, seorang yang tampan lg smart. kelahiran nabi Yusoff AS adalah satu yang amat menggembirakan ayahnya iaitu Nabi Yaakub AS, mungkin perkara ini  disangka baik oleh ayah nabi Yusoff tapi tidak baik bagi Nabi Yusoff AS sehingga beliau dihumban dalam perigi buta.

Apabila dihumban dalam telaga sudah tentu perkara itu disangka buruk bagi Nabi Yusoff, tapi perkara itu adalah baik baginya apabila beliau dijumpai oleh rombongan dagangan dan dijual kepada bangsawan di mesir dan hidup dalam kalangan bangawan.

Mungkin hidup di rumah orang bangsawan itu disangka baik bagi beliau tapi sebenarnya buruk  di sisi beliau apabila beliau difitnah lalu dipenjarakan. Apabila dipenjarakan mungkin kita akan menyangka tinggal di penjara adalah buruk bagi Nabi Yusoff.

Padahal tidak, ia adalah baik untuk nabi Yusoff, beliau dilantik menjadi menteri kewangan Mesir semasa zaman firaun kerana kemampuannya untuk mentafsir mimpi.

Kisah di atas jelas bg kita sebagai muslim untuk meyakini tentang qada' dan qadar kita.

mungkin yang ni sahaja yang mampu dikongsikan buat yang singgah ke teratak yang sudah lama bersawang.. Insya Allah teratak ini akan dimeriahkan lagi dengan bermacam-macam perkara yang boelh kita kongsikan. Sekian.

Undi Anda adalah Rahsia