Ramadhan dari Sudut Pandangan Lalat ~Gambar hiasan
Hari ini, hari kedua aku berpuasa di Bulan Ramdhan di Perantauan. Best ke? posa kat sana?entah la saya nak habaq (royaq) macam mana? Tapiiii semua jawapan boleh diberi berdasarkan sudut mata apa kita gunakan.
Ramadhan: Mata Lalat
kenapa saya ambil lalat? kenapa tak.... kambingka? bunga ka? and so on? Sebab lalat even dia nampak benda tu baik, cantik,
Ada manusia bila datang je bulan Ramadhan.... katalah dia WAILAK/ WAIHAK( Celaka mu) kat bulan nie sebab aku nak kena berlapar, nak kena jaga perut, nak kena bangun awai nak so'3 (sahur dalam loghat kedah), tak leh nak pi berenang kat Ban belakang rumah semua tak leh buat. Dia hanya nampak bulan nie untuk peluang tidoq paling banyak tambahan la pula University dia cuti awai tak kena nak sibuk pi ngaji. Bulan nie ibarat bulan yang paling menyusahkan dia, tambah pula dok kat Timur tengah,time posa la musim panas, walaupun pada hakikatnya bulan ini adalah bulan terbaik.
Inilah hakikat manusia yang melihat Ramdhan melalui kaca mata Sang Lalat, sesuatu yang baik tak pernah dilihat baik baginya, sedangkan bulan ini penuh dengan Rahmat, melimpah dengan Bonus, dan segala-galanya ganjaran ada pada bulan nie. TAPI nak buat lagu mana klau selagi mana bermata lalat bunga dianggap tahi, tahi dianggap bunga
Jadilah kita berpandangan seperti Lebah~Gambar Hiasan
Ramadhan: Mata lebah
Bagi manusia2 yang melihat bulan ini dengan kaca mata lebah, alangkah indahnya mulutnya menguturkan AHLEN YA RAMADHAN, dianggapnya bulan ini bulan RABI3 (Musim Bunga) walaupun la nie dok Musim Panas. Ketibaannya dinanti bagai sang kekasih yang tidak berjumpa seratus tahun.... mcam kisah laila majnun pula. Bulan nie la segala peluang keemasan baginya, peluang tingkatkan keimanan, peluang untuk berubah, peluang untuk bina diri dan tak lupa juga peluang untuk bina Badan (bagi tuft la bukan bina bg bonjol kat perut) dan lain-lain lagi. Time nie la di rasa seolah Bossnya (Tuhan) mahu bagi Bonus terbaik.discount pengampunan yang tak terkira....
Maka inilah hakikat manusia bermata Sang Lebah, yang melihat Ramadhan itu sebagai kelebihan dan kebaikan sehingga dilihat jelas dalam kesungguhan dalam ibadahnya, Taqwa dilihat laksana madu, Ramdhan dianggap Sang bUnga yang menawan. Setelah diambil pati manisan daripada bunga dikumpul dan diproses sehingga akhirnya menjadi madu (Taqwa). Ini objektif Ramadhannya. Tidak seperti sang lalat, sang lebah memang tertarik pada hakikat kecantikkan itu sendiri.
Konklusinya.
Kita yang memilih bagaimana Ramdhan yang diinginkan. Adakah kehambaran dengan perkara2 bodoh atau kemeriahan dengan Pesta Ibadah. Semuanya berbalik kepada Kaca MAta apa kita melihat kebaikan tersebut. Pastikan kita yang tentukan kita Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaek daripada Ramdhan yang lepas. Choices in Your hand.
Seketika bermuhasabah.. terima kasih mukhlis
ReplyDeleteNasihat ini sebenarnya dituju khusus pada diri saya nie... yang lemah.. klau ada manfaat untuk orang lain Alhamdulillah.. Terima kasih kerana sudi ziarah ke teratak ini.
ReplyDeletehehe.. terasa baru dpt bnda2 ni,
ReplyDeletemata lalat dan mata lebah.
subhanallah,
pencerahan yg baik dan santa. =D
terima kasih.
- mukhlis, ni blog sapa? enta juga ka?
Oooo... enta yang nak datang Jordan nie? Ana kawan uzair.. salam ukhwah, Uzair ada bagi tau ana yang anta nak datang Jordan, Ana sebagai senior mengucapkan Ahlan wa Sahlan kat anta... Moga kita dapat bertemu lagi
ReplyDelete