Ini adalah post yang saya ambil dari blog Murabi saya Cikgu Azmi. Saya rasa post ini banyak memberi erti kepada saya dalam memahami permasalahan ummat yang berlaku dan perkara yang perlu saya lakukan. Di sini saya ingin konsgsikan kepada anda semua....
Mungkin kadang-kadang timbul persoalan di kotak minda kita; Mengapakah malangnya umat Islam hari ini? Mengapa kekufuran begitu berkuasa? Bukankah kita ada Allah, tapi dimanakah pertolongan Allah untuk umatnya? Kenapa Allah SWT membiarkan umatnya terhina hingga akhirnya fitnah dan kehinaan itu jatuh kepada Islam iaitu agama sempurna kurniaan Allah SWT? Dan berbagai persoalan lain yang ‘bau’nya hampir sama.
Ya, kenapa begitu? Adakah kehinaan itu merupakan kehendak Allah ke atas umatNya agar mereka akan dimuliakan di Akhirat nanti? Adakah dunia ini yang tidak lebih beratnya dari sayap lalat, semuanya untuk mereka yang kufur dan bahagian untuk kita ialah Syurga di Akhirat nanti?
Mungkinkah begitu? Bukankah dulu umat Islam pernah berada ditempat yang begitu tinggi hingga wanita-wanita barat pun bertudung kerana merasakan bertudung itu moden dan up-to-date? Bukankah dunia pernah menjadikan Islam sebagai model untuk dicontohi? “Adakah sekarang Allah telah mengubah ketentuanNya???" Atau kita yang sebenarnya telah mengubah keadaan diri kita hingga kita tidak lagi layak untuk menerima pertolongan dan kemuliaan dari Allah SWT
Ya, persoalan ini nampak begitu kontroversi tetapi perlu kita fikirkan dan renungkan bersama-sama. Pernah satu ketika di mimbar MATRI khatibnya menyentuh persoalan ini dengan memberikan analogi yang dikemukakan oleh Ulama’ besar; Syeikh Abul Hassan Ali An Nadwi. Setelah mendengar analogi itu, saya benar-benar mendapat satu jawapan yang begitu jelas dan konkrik.
Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Namun pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin” tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi VS realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “sebuah patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti mereka sebagai Yahudi. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan? Bukankah kita hanyalah ILUSI.
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Dan sudah menjadi sunnatullah, Realiti akan sentiasa mengalahkkan Ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.
Bukankah watak kita tidaklah seperti yang digambarkan oleh Allah SWT melalui KalamNya? Bukankah watak kita bukanlah watak yang melayakkan kita untuk menerima pertolongan dari Allah yang Maha Berkuasa dan Robb bagi alam ini?
Disinilah kunci untuk kita memahami situasi yang sedang kita lihat dan kita tangiskan ini. Disinilah kunci penyelesaian bagi semua masalah yang kita hadapi; Kita perlu balik kepada REALITI kita sebagai hamba Allah SWT yang soleh, Mukmin dan bertaqwa kepadaNya.

No comments:
Post a Comment