Pages

Monday, March 28, 2011

Aku makan sebab nak jadi macam lembu..


Sebab apa kita Makan? Antara menjadi manusia atau binatang….
Anda tahu….
Kenapa kita makan? 
Sudah tentu anda akan jawab:
Nak kenyang…
Nak dapat tenaga….
Makanan itu sedap dan lazat…
Atau ….
Saya  nak jadi macam binatang?
Memang betul makan itu memberi tenaga… Karbohidrat, protein dan lemak yang berada dalam makanan apabila dimakan ia akan dihadam menjadi glukosa dan diserap ke dalam darah untuk dihantar ke sell.. 
Tapi bukan ini yang saya ingin beritahu… Ingin saya persoaal diri kita…
Ke mana tenaga itu digunakan?

Ke arah kebaikan atau keburukan?

Guna untuk kefasadan atau ketakwaan?
Kita mampu makan banyak dengan hidangan menu yang pelbagai lagi melazatkan… di restoran serba mewah atau di mana-mana saja hotel bertaraf 5 Bintang.
Tapi……
Sejauh mana kita gunakan untuk ketakwaan kepada Allah..?
Jika awak makan sebanyak-banyaknya sehingga mengemukkan dan memboncetkan perut dan tidak sedikitpun digunakan untuk rangka ibadah malah dosa yang dilakukan….
Sungguh benarlah andai saya kata awak memang AYAM @ LEMBU @KAMBING@ KERBAU… atau binatang ternakan lain… Izinkan saya untuk menggutarakan satu hujah saya berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud:
“……. Dan orang-orang kafir mereka bersenang-senangan dan mereka  makan laksana haiwan ternakan makan, dan (kelak) nerakalah tempat tinggal untuk merka” (MUHAMMAD:12)
Ayat ini menjadi bukti yang menerangkan bahawa mereka makan laksana binatang ternakan makan… Anda pernah lihat penternakan ayam daging? Mungkin anda lihat di kaca tv atau di lading-ladang penternakan. Lihatlah…
Petani memberi makanan dedak yang berkualiti sebanyak mungkin ditambah makanan tambahan untuk ayam-ayam mereka agar menjadi gemuk… Tiada kerja yang ayam buat melainkan makan, minum, tidur,berak dan kehidupan itu berulang-ulang kerjanya. Apabila ayam-ayam yersebut sudah gemuk tibalah masa untuk sembelih untuk menjadi santapan manusia..
Apa guna ayam itu makan banyak walupun pengakhirannya adalah penyembelihan….
MANUSIA!!!!?
SAMA ATAU TIDAK?
Allah memberi manusia dengan pelbagai rezeki ada di langit, ada  di laut, ada di permukaan bumi malahan ada sampai dalam bumi. Manusia makan dengan sebaik-baiknya. Jika manusia hidupnya kosong hanya dengan makan, minum, membuat dosa, tidur dan berak sehingga perbuatan itu berulang-ulang kali pada setiap hari. Dan apabila sampai saat kematian yang ditetapkan Allah… matilah manusia untuk menjadi santapan neraka…. Nauuzubillah.
Malangnya………….
Tiada satu tenagapun yang terhasil daripada proses pemakanan tersebut untuk keimanan dan ketakwaan pada Allah..
Alangkah ruginya kehidupan itu…. Hidup tiada beza dengan binatang ternakan.
Kehidupan yang penuh dengan ketaatan beerti  segala tenaga yang terhasil dari proses pencernaan digunakan secara total untuk melaksanakan tuntutan Allah. Baru hidup beerti dan tidaklah sama kehidupan seorang hamba Allah yang beriman dengan kehidupan seekor binatang ternakan…
Renungan bersama untuk bermuhasabah…

Monday, March 14, 2011

Menunggu Bangunnya Singa Peradaban


~Bangunlah singga yang sedang tidur. Picture by pathos 1
Saat orang-orang Portugal (nama lain adalah Sepanyol) ingin merampas Andalusia dari kekuasaan umat Islam, mereka menghantar sejumlah mata-mata(perisik) untuk mencari jalan masuk, iaitu dengan cara menyusup masuk  antara penduduk Muslim. Saat itu salah seorang mata-mata melihat anak kecil menangis di tepi jalan kerana balingan lembingnya tidak menepati sasaran. Sekembalinya mata-mata ke markas, diapun menceritakan perkara ini kepada teman-temanya yang lain.
Berdasarkan kejadian tersebut, mereka mula mempelajari situasi sebenar, dan mengetahui bahwa dalam Islam ada kewajipan untuk berjihad. Kewajipan inilah yang menyebabkan Umat Islam begitu rela mengorbankan seluruh jiwa dan raga demi menegakkan agama Islam tercinta. Menyedari hal ini, mereka terus menyedari bahwa tidak mungkin untuk menjatuhkan pertahanan Umat Islam dengan cara kekerasan. Berdasarkan akal yang sihat, jika anak kecil saja sudah menangis karena lemparan lembingnya tersasar ketika melakukan latihan, maka bagaimana pula dengan para pemudanya ? Sudah tentu mereka memiliki pengetahuan dan semangat yang jauh lebih tinggi dalam masalah Jihad membela agama dan tanah airnya.
Mereka kemudian memutuskan untuk menyerang Umat Islam secara sistematik melalui kesenangan duniawi dan tindakan yang buruk secara perlahan-lahan dan bertahap. Mereka masukkan kesenangan ke dalam kehidupan masyarakat Muslim ketika itu. Setelah berhasil menyebarkan ideology kerosakan (moral), mereka membiarkan Umat Islam berada dalam kondisi itu selama beberapa tahun.
Beberapa tahun kemudian, mereka mengirim mata-mata,semula ke Andalusia dan mendapati situasi ketika itu sudah jauh berbeza dengan sebelumnya. Kali ini, yang menangis ternyata seorang pemuda yang ditinggalkan kekasihnya (teman wanitanya). Kejadian ini merupakan kayu pengukur bagi mereka bahawa saatnya telah tiba. Para tentera Salib pun dihantar untuk menyerang Andalusia . Hasilnya ? mereka berhasil merampas kota terakhir yang merupakan pusat peradaban Islam yang sangat maju dan termoden di wilayah barat ketika itu (kini masuk wilayah Spanyol) daripada tangan kaum Muslimin. Dan berhasil membantai umat Islam seperti membantai binatang. walaupun sebahagian kecil umat Islam berhasil menyelamatkan diri dan  terpaksa melarikan diri keluar daripada kota pusat peradaban Islam terakhir tersebut. Bermula saat itulah nama Portugal (menurut pendapat lain adalah Spanyol) ditetapkan.
Kondisi kini,
Masyarakat kita mula bermain-main dengan api walaupun tahu bahayanya api, hiburan melampau perkara biasa, penzinaan adalah mainan orang kaya, rasuah dan suap-menyuap menjadi pendapatan ahli rumah, buang anak laksana buangnya sampah, pornografi menjadi bahan penyegar mata, yang miskin terus fakir, yang kaya terus berisi badannya, yang lemah terus dilemahkan, yang kuat terus dipowerkan, Islam dipandang pada jurang yang lain, Hukum yang enak diambil pakai yang tak enak oleh ditolak tepi, masjid menjadi kemegahan malangnya kosong isinya…
Masyarakat kita mula bermain dengan tahi walaupun tahu tahi berbau busuk, arak menjadi minuman keraian, tari-tarian menjadi aktiviti wajib setiap majlis, rumah pelacuran laksana rumah kedua, pusat perjudian dibangunkan kononnya peninggkatan ekonomi Negara……
Inilah masyarakat Islam kini, mereka (musuh) tidak akan menyerang kita dengan M-16, White phosphorus, jet-jet tanpa pemandu dan sebagainya… tetapi mereka menyerang kita dengan menidurkan singa-singa yang gagah perkasa, mereka menukarkan kita daripada menjadi singa kepada kijang-kijang yang penakut…. Perkara ini berlaku seperti mana di Andalusia…

Saatnya untuk KITA Bangun
Menyadari kondisi kita yang telah sedemikian parahnya, maka hal terbaik yang seharusnya kita lakukan pada saat ini adalah melakukan evolusi diri masing-masing menjadi Muslim yang beracuan Al-Quran dan Assunah. Mulailah kita untuk merapatkan barisan-barisan dalam lingkaran tali yang tak akan pernah putus yaitu buhul Islam. Buanglah jauh-jauh ego kelompok masing-masing yang merasai bahawa mazhab dan manhajnya sendiri yang paling benar. Bukankah Islam bertoleransi dalam bab  khilafiyah khususnya perbezaan Fikih selagi mana Tauhid dan akidah Islamiyah kita masih sesuai dan berada dalam landasan ajaran Ahlussunah Wal Jama’ah.
Karena tanpa penyatuan mustahil umat Islam akan dapat bangkit melawan serangan musuh-musuh Islam. Dan kejayaan peradaban Islam yang membumikan akar penyatuan dan persaudaraan dalam Islam seperti mana yang pernah diukirkan oleh Shalahudin Al Ayyubi dan para tentara Islam dalam perang Salib pada abad yang lampau.
Dan perkara yang terpenting adalah kita kembali kepada Al Qur’an dan As Sunah yang merupakan satu-satunya pusaka dan senjata yang diwarisi oleh nabi SAW kepada kita selaku umatnya yang telah dijamin kemenangan dan keuntungan bagi umat Islam jika kita memegang dan menggunakannya dengan cara yang benar untuk Amar Ma’ruf Nahi Munkar sesuai dengan fitrah kita yang dijelaskan dalam Al Qur’an, “Kamu adalah Umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang Ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah ...” (QS. Ali Imran [03] : 110).
Kini sudah saatnya untuk anak-anak Singa dibangunkan dari tidur mereka agar dapat mengaum lagi dan merampas kembali tahta kejayaan Islam yang pernah dilaksanakan oleh rasulullah SAW. Ketahuilah kejayaan untuk Esok adalah Milik Kita (ISLAM). Wallahu A’lam.

Saturday, March 12, 2011

Jordan: Destinasi untuk sambung belajar....

Pencerahan pertama tentang pengajian di Jordan

Di sini ada sedikit video tentang pengajian di Jordan... Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran di bumi ambiya'-Jordan....Bolehlah tengok2 video kat bawah nie:


Maaf dalam video di atas hanya menerangkan 2 universiti sahaja....
Di Jordan ada banyak university  yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, seperti:
1. University Of Jordan
2. University Of Mu'tah
3. University Of Ahlu Baiyt
4. University Of Yarmouk
5. Jordan University Of  Science and Technology

*Nantikan pencerahan yang seterusnya

Thursday, March 10, 2011

Sayap: disebalik ujian


Sekumpulan burung yang ingin mencari makan
Sekumpulan burung dara sedang berkumpul di depan sarang mereka di sebuah pohon besar di dalam hutan. Keluarga besar burung ini  sedang bersiap sedia untuk terbang ke suatu tempat. Wajah-wajah riang menghiasi tingkah laku mereka.
Pada suatu hari, keluarga besar burung dara itu akan berangkat menuju ladang jagung yang bersebelahan dengan hutan tempat mereka tinggal. Naluri mereka seakan mengetahui yang hari itu ada banyaknya jagung lazat akan berserakan seusai pulangnya para petani.
“Ahh, sebuah tempat yang begitu mengasyikkan,” bisik hati seekor burung dara muda yang juga tak mahu ketinggalan. Dan, mereka pun mula mengepak-ngepakkan sayap masing-masing untuk siap siaga terbang ke ladang tersebut.
Sayangnya, sebatang dahan kering tiba-tiba terjatuh dan tepat menimpa seekor burung dara muda. “Aduh!” teriak sang burung spontan.
Dahan patah yang terjatuh dari ketinggian itu tepat menimpa sayap kanan sang burung. Ia pun merintih kesakitan.
Semua burung yang lain sudah  semangat terbang meninggalkan si burung dara muda yang masih di depan sarang. Begitu bersemangatnya mereka terbang, hingga lupa yang salah seekor saudara mereka masih tertinggal di depan sarang.
Kini tinggallah si burung dara muda merintih kesakitan. Beberapa kali ia mencuba terbang, tapi sayapnya yang luka masih sakit untuk digerakkan. ”Ah, mungkin sayap kananku patah!” keluh sang burung masih membayangkan tempat indah yang mungkin sekarang ini sedang dinikmati saudara-saudaranya.
Dalam kesendirian itu, ia mengeluh, ”Tuhan, kenapa kau timpakan kecelakaan ini hanya buatku seorang.”
Selepas beberapa jam ia tersadai di bumi disebabkan dahan yang menimpanya. Tiba-tiba, seekor burung dara terbang kecemasan dan nyaris melanggar sarang di mana si burung muda beristirahat. Ia pun terkejut apabila mendapati salah seorang saudaranya sudah berada  di depannya keletihan dengan beberapa luka di bagian pangkal kaki dan dada.
“Apa yang telah berlaku, saudaraku?” ucap si burung dara muda sambil memeriksa luka saudaranya. “Mana yang lain?” sambungnya.
Dalam keadaan keletihan, saudara burung itu pun menceritakan apa yang telah berlaku. ”Semuanya terperangkap dalam jerat yang dipasang manusia. Hanya aku yang berhasil lari,” ucap sang burung sebelum akhirnya terkulai.
Saat itu, si burung dara muda pun termenung. Ia seolah-olah bingung, apakah dengan keadaan patah sayapnya itu tuhan memberi kecelakaan kepadanya, atau sebaliknya. Si burung dara menghadapi ujian tapi saudara-saudaranya menghadapi ujian yang lebih berat lagi.
**
Dalam menggapai cita-cita hidup, selalu akan terjadi  ‘patah sayap’ yang dialami sebahagian kita. Boleh jadi ujian yang menimpa berupa musibah, tiada kerjaya, berhenti belajar disebabkan tiada kewangan, gagal dalam peperiksaan, dan sebagainya.
Nurani manusia, kita selalu merungut atas ujian yang ditimpa sehingga mengatakan, “Tuhan, kenapa Kau timpakan kecelakaan ini buatku seorang? Kenapa tidak pada orang lain?”
Kalau mata kita ada kemampuan untuk melihat hujung perjalanan waktu yang akan kita lalui, kalau  kita boleh mengintip dari celah tirai hikmah hidup yang akan lalui, mungkin hati dan lidah kita akan terucap, ”Terima kasih atas kecelakaan ini, wahai Yang Maha Menyayangi!”


Undi Anda adalah Rahsia