Pages

Monday, March 28, 2011

Aku makan sebab nak jadi macam lembu..


Sebab apa kita Makan? Antara menjadi manusia atau binatang….
Anda tahu….
Kenapa kita makan? 
Sudah tentu anda akan jawab:
Nak kenyang…
Nak dapat tenaga….
Makanan itu sedap dan lazat…
Atau ….
Saya  nak jadi macam binatang?
Memang betul makan itu memberi tenaga… Karbohidrat, protein dan lemak yang berada dalam makanan apabila dimakan ia akan dihadam menjadi glukosa dan diserap ke dalam darah untuk dihantar ke sell.. 
Tapi bukan ini yang saya ingin beritahu… Ingin saya persoaal diri kita…
Ke mana tenaga itu digunakan?

Ke arah kebaikan atau keburukan?

Guna untuk kefasadan atau ketakwaan?
Kita mampu makan banyak dengan hidangan menu yang pelbagai lagi melazatkan… di restoran serba mewah atau di mana-mana saja hotel bertaraf 5 Bintang.
Tapi……
Sejauh mana kita gunakan untuk ketakwaan kepada Allah..?
Jika awak makan sebanyak-banyaknya sehingga mengemukkan dan memboncetkan perut dan tidak sedikitpun digunakan untuk rangka ibadah malah dosa yang dilakukan….
Sungguh benarlah andai saya kata awak memang AYAM @ LEMBU @KAMBING@ KERBAU… atau binatang ternakan lain… Izinkan saya untuk menggutarakan satu hujah saya berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud:
“……. Dan orang-orang kafir mereka bersenang-senangan dan mereka  makan laksana haiwan ternakan makan, dan (kelak) nerakalah tempat tinggal untuk merka” (MUHAMMAD:12)
Ayat ini menjadi bukti yang menerangkan bahawa mereka makan laksana binatang ternakan makan… Anda pernah lihat penternakan ayam daging? Mungkin anda lihat di kaca tv atau di lading-ladang penternakan. Lihatlah…
Petani memberi makanan dedak yang berkualiti sebanyak mungkin ditambah makanan tambahan untuk ayam-ayam mereka agar menjadi gemuk… Tiada kerja yang ayam buat melainkan makan, minum, tidur,berak dan kehidupan itu berulang-ulang kerjanya. Apabila ayam-ayam yersebut sudah gemuk tibalah masa untuk sembelih untuk menjadi santapan manusia..
Apa guna ayam itu makan banyak walupun pengakhirannya adalah penyembelihan….
MANUSIA!!!!?
SAMA ATAU TIDAK?
Allah memberi manusia dengan pelbagai rezeki ada di langit, ada  di laut, ada di permukaan bumi malahan ada sampai dalam bumi. Manusia makan dengan sebaik-baiknya. Jika manusia hidupnya kosong hanya dengan makan, minum, membuat dosa, tidur dan berak sehingga perbuatan itu berulang-ulang kali pada setiap hari. Dan apabila sampai saat kematian yang ditetapkan Allah… matilah manusia untuk menjadi santapan neraka…. Nauuzubillah.
Malangnya………….
Tiada satu tenagapun yang terhasil daripada proses pemakanan tersebut untuk keimanan dan ketakwaan pada Allah..
Alangkah ruginya kehidupan itu…. Hidup tiada beza dengan binatang ternakan.
Kehidupan yang penuh dengan ketaatan beerti  segala tenaga yang terhasil dari proses pencernaan digunakan secara total untuk melaksanakan tuntutan Allah. Baru hidup beerti dan tidaklah sama kehidupan seorang hamba Allah yang beriman dengan kehidupan seekor binatang ternakan…
Renungan bersama untuk bermuhasabah…

No comments:

Post a Comment

Undi Anda adalah Rahsia