Pages

Thursday, November 24, 2011

Biar Sabar bersamaku

Sabar and sabar and sabar picture by Jacob Josep DeviantArt.com
 
Biar sabar bersama,
walaupun ada mulut berbicara tentang kelemahan kita,
Aku Insan biasa,
Aku manusia sahaja,
Mengapa perlu kau pandang aku laksana malaikat,
yang tiada perasaan,
yang tiada kelemahan...

Aku terima kelemahan aku,
aku akui itu,
tapi aku punya perasaan,
aku punya hati,
biar masa merawat aku..

Buat jari yang menceritakan kelemahan aku,
Nasihat kau... aku dengar
aku perbaiki,
tapi perlukah satu dunia ketahui kelemahan aku?
Perlukah kelemahan aku jadi buah mulut?
Jadi Gosip?

Aku pohon pada Tuhan,
kau beri padanya hidayah,
kau beri padaku kekuatatan,
Agar Sabar terus bersamaku.

11.37PM waktu Jordan.
Irbid, Jordan.

Saturday, November 19, 2011

Wahai Hati

 Wahai hati yang keras lebutlah dirimu...~ Picture by Pinky-VuDuu.deviantart.com
Wahai Hati,
Kata Ali RA,
Engkau laksana bejana,
Maka kuisi suatu yang bermakna,
lalu engkau indah bercahaya.

Wahai Hati,
Kata Nabi SAW,
Engkau berbolak balik,
Kekadang suci,
Kekadang nista.

Ketika engkau suci,
Aku gembira bahagia,
Ketika engkau nista,
Aku sedih tak terhingga,
Kerna engkau adalah RAJA.

Wahai Raja,
Aku takut,
Aku risau
engkau keras membatu,
Sedang kalam tuhan lebutkanmu,
Kalam nabi basahkanmu.

Wahai Yang Keras,
Gerangan apa engkau mengeras,
Kau keras...
Seluruh tubuh ikut mengeras,
Rugi-seruginya.

Wahai Segumpal Darah,
Tunduklah dikau pada Yang Kuasa,
Sukarelalah dikau sebelum dipaksarelakan,
Kerna di pintu ada mati menanti.

Wahai Hati,
Apakah engkau tiada mata?
Mata hati,
Bukalah matamu,
Lihatlah batu yang keras
ia mampu dilekukkan,
Sedangkan engkau tidak,
tidak sekali-kali.

Wahai Rabbi,
Aku punya hati,
Tapi ia sekan mati,
Seolah-olah tiada erti.

Aku pohon pada Rab hati,
Tukarlah hati ini..
Agar kelak KAU kujumpai,
Dengan hati yang salim.

Qassam Mujahid,
19/11/2011- 6.22PM
Bayt Bujang Beriman, 
Irbid, Jordan.



Saturday, October 8, 2011

Muqadimah Ahli Sunnah Wal Jamaah

الحمد الله رب العالمين, والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله الطاهرين وصحابته الطيبين أما بعد:


Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

وان هذا الملة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة وهي الجماعة



"Dan sesungguhnya agama ini akan berpecah kepada 73, dan 72 daripadanya ke naeraka dan satu sahaja ke syurga iaitu Jam'ah" Riwayat Abu Daud dan dihasankan oleh AlBani RA.


Hadis ini memberi erti bahawa umat Nabi Muhammad SAW akan berpecah kepada pecahan yang begitu banyak dan bukanlah bilangannya hanya 73 puak kesemuanya, akan tetapi lebih sepertimana yang diterangkan dalam oleh Imam AlBaghdady dalam kitab beliau AlFarqu Baina AlFiraq. Perlu diketahui makna umat nabi yang terpecah tadi adalah Ummatu AdDa'wah (Umat Ijabah) umat yang telah sampai kepada mereka akan dakwah islam, dan satu sahaja dari mereka terselamat dari api neraka iaitu sambungan

Sunday, August 14, 2011

Penelitian Semula Hikmah berpuasa pada kita

 Burung yang menanti hidangan... Gambar Hiasan
Ustaz berkata hikmah berpuasa ialah kita nak didik diri kita marasai kesusahan dan kelaparan orang-orang yang susah dan miskin. Selama ini mereka berlapar tiada manusia mahu mendengar rintihan perut mereka. Tiada insan yang mengambil peduli akan mereka.... Mereka berfikir adakah masih ada peluang bagi perut ini merasai sesuap nasi, merasai manisnya sebiji kurma, merasai kehilangan kehausan..? Peluang masih ada atau tidak?

Apabila tibanya Ramadhaan, mereka merasai mungkin bulan ini ada harapan, ada sirna untuk orang lain merasai bagaimana kesusahan mereka, bagaimana mereka berlapar, agar manusia lain mampu memberi untuk mereka meneruskan kehidupan.

Tetapi sudah berlalu beberapa hari dalam Ramadhan, seolah tiada manusia yang mendengar tangisan anak inginkan susu, seolah tiada mata yang melihat kempisnya perut, seolah tiada berita yang mereka dengar akan kesusahan ini, sedangkan hikmah berpuasa sepatutnya terjadi, sepatutnya ukhwah berkembang indah sesama muslim.

Kemana duit kita  di bulan ini, ke mana harta kita di bulan barakah ini,.....Bazar Ramadhan kita habiskan, Semua shoping complex kita laburkan, semua pusat saloon kita habiskan,...... semuanya untuk kepentingan peribadi, kepentingan kroni.... Tanpa kita melihat tangisan yang lebih memerlukan yang lebih membutuhkan wang kita, Saudara Kita seAqidah kita di Somalia....

Apakah kita tidak pernah mendengar Ayat Allah berbunyi:
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara

atau kita lupa? Atau kita buat2 lupa. Sudah kita lupa pesan nabi: Ibarat sesama muslim laksana sebuah bangunan yang saling menguatkan...

Saya berpesan pada diri saya dan diri anda untuk kita lihat kembali sejauh mana Ramadhan ini mendidik diri kita untuk merasai kesusahan orang lain sehingga membuatkan kita ingin membantu saudara seaqidah dengan kita... Moga Allah terima Ramadhan kita.

Wednesday, August 3, 2011

Moga Berjumpa Lagi

Tengah melepak-melepak kat tepi masjid selepas solat subuh ngan kawan2 tetiba datang 2 orang senior yang hebat- Senior Fadhilatu Assamahah Assheikh Azlan Shah dan Senior Fadhilatu Assamahah Assheikh Shah Nazrin, tetiba ada kawan saya bagi tahu kata diorang nak balik pagi ini apa lagi terus diminta bagi Kalimah Akhirah....

Walaupun simple majlis tu, tapi berisi dengan mutiara yang bermanfaat bagi saya khususnya.... Hiba, rindu, sayang pula kat mereka, sebab nak pulang ke Malaysia, mungkin saya sempat bersama mereka setahun sahaja tapi ia cukup bermakna bagi saya, bermanfaat bagi kehidupan saya. Insya Allah. Mungkin suka untuk saya kongsikan kepada anda tentang mereka.

Senior Fadhilatu Assamahah Assheikh Shah Nazrin

Beliau senior saya di Yarmouk University, Jordan cuma takhasus berbeza, beliau Ekonomi Islam dan saya fikh wa Usul, seorang yang smart dan bergaya, selama saya berada dengan dia banyak nasihat tercurah pada saya, asal berjumpa di Masjid Jamiah pasti disapa, pasti ditegur, tanyalah di bumi Irbid ini sapa yang tak kenal beliau, pasti semua mengenalinya, kalau yang tak kenalnya sudah tentu dianggap alien. Selalunya perbincangan saya dengannya banyak menyentuh tentang hal pembelajaran saya di universiti.

Antara yang dikongsikan beliau semasa kalimah akhirah, kesedihan kerana banyak lagi ilmu yang masih belum diambil dan dikaut di sini dan sebagainya. Nasihat ini membuatkan saya rasa ingin bersungguh-sungguh di bumi Jordan ini. Semasa on the way balik ke rumah tadi saya masih lagi dapat bertaaruf dengannya secara lebih mendalam dan merapatkan ukhwah walaupun sebentar lagi pulang ke Malaysia.

Senior Fadhilatu Assamahah Assheikh Azlan Shah


Beliau saya anggap sebagai seorang abang bagi saya walaupun bangsa berbeza tapi aqidah yang sama, beliau juga sama university dengan saya dan takhsus Ekonomi Islam, seorang yang sibuk dengan kerja-kerja islam, sentiasa saja rajin dilihat di masjid, seorang peramah dan open minded. Beliau juga merupakan mentor saya dalam AF (Akademik alFateh), saya hanya dapat ringkaskan tentang beliau kerana jika ingin cerita tentang kelebihan dan kebaikan beliau sudah tentu kena buat satu slot untuk saya selama seminggu untuk cerita tentang peribadi beliau.

Antara mutiara yang keluar dari mulut beliau yang membuatkan saya selalu ingat pada beliau apabila bercakap tentang soal percaya. Percaya kewujudan kita ke sesuatu tempat atau berada dalam sesuatu situasi atau pendek kata tsiqah kepada Allah. Perkongsian-perkongsian daripada beliau yang sentiasa membasah hati saya semasa dalam AF, tentang Sultan Al-Fateh dan bagaimana mengaplikasikan kuasa2 tersebut kepada realiti kehidupan. Beliaulah murrabi saya secara langsung mahupun tidak langsung, jika Sheikh Shah Nazrin banyak menasihati saya dari segi ilmu, Sheikh ini pula banyak menasihati saya dari sudut keimanan, tazkiyah annafs dan pentarbiyah. Beliau sempat lagi menasihati tentang jagalah iman, jagalah diri daripada dosa dan sebagainya dalam Kalimah Akhirah.

Penutup

Kita kehilangan manusia-manusia yang hebat seperti mereka dan kita harap akan lahir pemuda-pemuda seperti mereka. Kita hanya penyambung rantaian setelah rantaian ini dibina oleh generasi sebelum. Kepulangan mereka ke bumi Malaysia bukanlah membuatkan kita rasa rehat disebabkan mereka tiada tapi membuatkan kita sedih dan sentiasa membayangkan nasihat2 dan sumbangan2 mereka untuk islam. Saya akan sentiasa doakan kalian moga terus tsabat dan istiqomah dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah. Moga kenangan bersama menjadi saksi ukhwah kita di akhirat nanti. Akhir kata, moga berjumpa lagi, Saya sayang kalian kerana Allah.

Tuesday, August 2, 2011

Ramdhan: Dari sudut Mata lalat atau lebah

 Ramadhan dari Sudut Pandangan Lalat ~Gambar hiasan
Hari ini, hari kedua aku berpuasa di Bulan Ramdhan di Perantauan. Best ke? posa kat sana?
entah la saya nak habaq (royaq) macam mana? Tapiiii semua jawapan boleh diberi berdasarkan sudut mata apa kita gunakan.

Ramadhan: Mata Lalat
kenapa saya ambil lalat? kenapa tak.... kambingka? bunga ka? and so on? Sebab lalat even dia nampak benda tu baik, cantik, cantaik, menawan ka, seolah seperti tiada syahwat kat benda2 tersebut malah tak  tertarik dan terangsang sikit pun pada kecantikan. Tapi apa yang dia tertarik tentu tahi... atau benda2 yang busuk. DOK CERITA PANJANG PASAI LALAT nie apa kena mengena  ngan Ramadhan? memang tak dak kena mengena dengan bulan nie tapi saya nak bagi juga ada kena kaita dengan bulan ni walaupun sipi.

Ada manusia bila datang je bulan Ramadhan.... katalah dia WAILAK/ WAIHAK( Celaka mu) kat bulan nie sebab aku nak kena berlapar, nak kena jaga perut, nak  kena bangun awai nak so'3 (sahur dalam loghat kedah), tak leh nak pi berenang kat Ban belakang rumah semua tak leh buat. Dia hanya nampak bulan nie untuk peluang tidoq paling banyak tambahan la pula University dia cuti awai tak kena nak sibuk pi ngaji. Bulan nie ibarat bulan yang paling menyusahkan dia, tambah pula dok kat Timur tengah,time posa la musim panas, walaupun pada hakikatnya bulan ini adalah bulan terbaik.

Inilah hakikat manusia yang melihat Ramdhan melalui kaca mata Sang Lalat, sesuatu yang baik tak pernah dilihat baik baginya, sedangkan bulan ini penuh dengan Rahmat, melimpah dengan Bonus, dan segala-galanya ganjaran ada pada bulan nie. TAPI nak buat lagu mana klau selagi mana bermata lalat bunga dianggap tahi, tahi dianggap bunga yang wangi.
Jadilah kita berpandangan seperti Lebah~Gambar Hiasan

Ramadhan: Mata lebah
Bagi manusia2 yang melihat bulan ini dengan kaca mata lebah, alangkah indahnya mulutnya menguturkan AHLEN YA RAMADHAN, dianggapnya bulan ini bulan RABI3 (Musim Bunga) walaupun la nie dok Musim Panas. Ketibaannya dinanti bagai sang kekasih yang tidak berjumpa seratus tahun.... mcam kisah laila majnun pula. Bulan nie la segala peluang keemasan baginya, peluang tingkatkan keimanan, peluang untuk berubah, peluang untuk bina diri dan tak lupa juga peluang untuk bina Badan (bagi tuft la bukan bina bg bonjol kat perut) dan lain-lain lagi. Time nie la di rasa seolah Bossnya (Tuhan) mahu bagi Bonus terbaik.discount pengampunan yang tak terkira....

Maka inilah hakikat manusia bermata Sang Lebah, yang melihat Ramadhan itu sebagai kelebihan dan kebaikan sehingga dilihat jelas dalam kesungguhan dalam ibadahnya, Taqwa dilihat laksana madu, Ramdhan dianggap Sang bUnga yang menawan. Setelah diambil pati manisan daripada bunga dikumpul dan diproses sehingga akhirnya menjadi madu (Taqwa). Ini objektif Ramadhannya.  Tidak seperti sang lalat, sang lebah memang tertarik pada hakikat kecantikkan itu sendiri.

Konklusinya.
Kita yang memilih bagaimana Ramdhan yang diinginkan. Adakah kehambaran dengan perkara2 bodoh atau kemeriahan dengan Pesta Ibadah. Semuanya berbalik kepada Kaca MAta apa kita melihat kebaikan tersebut. Pastikan kita yang tentukan kita Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaek daripada Ramdhan yang lepas. Choices in Your hand.

Monday, July 25, 2011

Bebudak Tajaan @ Pinjaman: Jangan pandang hina pada Private

ENtah kenapa hari nie saya rasa mcm nak marah jeee, Maaf saya nak cakp  cikit, saya nie budak Private tp sekurang-kurangnya saya ada maruah... awak ingat awak tajaan @ pinjaman awak sorang da maruah? Saya Tahu pakaian saya tak sebanyak awak (budak tajaan @ pinjaman) tak boleh nak stylo mcm awak, hari2 ada tema dia, disbbkan saya kurang kemampuan dripada awak, saya dilihat hina di sisi awak, sebab pakai baju sama dalam sehari dua..... Seolah saya tak dak maruah, terasa seperti saya budak yang x layk digauli...

Ini neraca manusia sekarang, doktor di University pakai baju yang semalam rilex je.... tp budak2 tajaan yang kecoh lebih.... Sekurang2 saya nak awak sedar tak semua orang berkempuan mcm awak... ada kasut lima enam pasang yg digunakan untuk ke University dan saya hnya ada sepasang kasut yang dibeli di Bundle, awak ada pakaian untuk ke Jamiah khas untuk waktu pg, tengah hari dan petang saya hnya ada pakaian yg digunakan dr pagi sehingga petang klau elok lg guna untuk esoknya.... tp sekurngnya saya bersyukur... tak memboroskan duit kerajaan atau zakat untuk nak berstylish mcm awak....



Thursday, July 21, 2011

Khilaf sesama Nenek

Saya sayang nenek saya
Satu hari tu saya buat panggilan ke Malaysia, biasalah bila dah naik rindu kat keluarga di Malaysia, maklumlah belajar luar negara lama tak berhubung dengan keluarga. Kebetulan pula waktu saya call tu ada kedua-dua nenek saya nie (sorang nenek belah mak dan sorang belah ayah) di rumah saya, maybe datang ziarah rumah. Macam biasalah sembang dengan si ayah, dan selesai berborak sembang dengan dua orang nenek, berebutlah kedua-duanya nak cakap dengan cucu yang dirindui yang lama tak berjumpa.

Saya berborak dengan si nenek belah mak, dia berpesan pada saya yang membuatkan saya teringat sampai sekarang, "Duit yang abah bagi tu simpan la jangan dok guna sangat, kalau bab makan hang boleh puasa ka...." lebih kurang macam nie la dengan loghat Penangnya. saya pun menggiakan je.

Kemudian sembang pula dengan si nenek belah ayah, soalnya" Sana pukui berapa?" "Pagi" saya menjawab, "Hang menyorok(sarapan pagi) lg?" tanya dia lg dalam loghat kedahnya, saya diam je sbb memang pagi tu saya belum bersarapan lg, dia mengulang pertanyaan tu, sebab dia tau saya memang tak sarapan lagi, " Duit tu hang jangan sep (kedekut) sangat, gunalah duit tu buat makan, nie dok simpan tak guna buat apa?"

MAZHAB nenek mana saya nak ambik nie.. hahaha. ketika tu saya berada di antara dua khilaf nenek yang menyarankan tidak menggunakan duit dan dan pergunakan duit. alMaklumlah budak private... masa tu terfikir mana satu yang nak ikut nie... Nenek belah ayah atau belah mak...?.
Ada sesiapa yang boleh membantu saya?

Sunday, July 17, 2011

Bersahabat kerana Harta

Sudah lama jari-jemari ini tidak menari di atas papan kekunci, mungkin kesibukan exam dan program. Dan perkara yang saya ingin ketengahkan pada post ini ialah suatu muhassabah buat diri saya dan buat siapa yang makan cili dia terasa pedasnya....
Berhati-hati dengan penyakit bersahabat kerana Harta... Sumber:Mr Google

Suatu dulu, Ayah saya pernah pesan kepada saya, duit yang diberi jangan dok buat belanja kawan2 sangat, tapi bagi diri saya, saya suka belanja kawan2 maybe boleh rapatkan ukhwah sesama kawan, dan kalau saya ada masalah orang lain akan tolong saya.

Kini baru saya perasaan akan nasihat ayah saya yang memang berlaku kepada diri saya, bilamana saya belanja kawan2 tak kisahlah belanja apa2 tapi bila kita susah tak dak kawan yang datang kepada kita menghulurkan tangan meringankan beban malah menambah beban terpikul lg adalah... Kawan mula lari, kalau ajak saya pi makan first soalan ditanya kepada saya "awak bawak duit tak?" dan ketika tu memang saya tak dak duit, dengan selambanya saya jawab, "Tak dak la" .....  Respond kepada jawapan saya "Saya ada duit tp ini untuk diri saya saja"  Taklah sampai remuk hati nie, cuma tercalar sikit...

Memang manusia ini tak reti nak berterima kasih, selapas madu diambil sepah dibuang, Saya tak kata kat semua kekawan saya tp sapa yang makan cili dia terasa pedasnya...

Bagi sudut diri saya, sayapun kena muhasssabah maybe niat dalam bersahabat mungkin tersalah menyebabkan Allah tunjuk kawan2 yang memang kawan masa kita senang saja, tak pernah pikir diri orang lain, bukan kita mengharap dibalas tp kita mengharap beterima kasihlah sikit... Pesanan ayah saya memang betul di satu sudut agar berhati-hati dalam membelanjakan wang...

Konklusi: Bersahabatlah kerana ALLAH

Saturday, June 25, 2011

Ibrah Pertama: Kematian pasti menjemput kita

Alhamdulillah segala kesyukuran kita panjatkan kepada Allah yang masih memberi ruang kepada saya untuk berkongsi sedikit perasaan kepada semua pembaca setelah saya selamat menunaikan Umrah. Moga2 umrah maqbulah...Amin.. Tidak lupa juga selawat dan salam atas junjungan besar Rasul Dakwah danRasul Tarbiyah dan ahli kelurga baginda dan semua para sahabt radiya Allahu anhum.
Setiap manusia akan merasai kematian..

Di sini saya ingin kongsikan beberapa ibrah yang sangat memberi kesan kepada diri saya sesama saya berada di Tanah Haram. Maka molek kiranya saya berkongsi satu persatu ibrah yang merangsangkan diri saya dan moga2 berguna juga kepada anda. Ibrah yang pertama: Kematian satu kepastian...

Semasa saya berada di Madinah dan Mekah, hampir setiap kali habis solat fardhu akan ada solat jenazah terutamanya di Masjid Al-Haram.. saya ingatkan setiap kali solat jenazah mayatnya seorang je rupanya tak kurang daripada lima... ini bererti setiap masa mesti ada orang yang mati... Kita pula bila? Sudah tentu kita tidak tahu tapi itu adalah kepastian

Kita kekadang merancang penuh apa yang kita nak buat untuk hal dunia kita tp pernahkan kita merangcang untuk kematian kita? Semasa perjalanan menuju ke Arab Saudi dengan menaiki bas, seorang Musyrif kami ada bercakap tentang kematian... Sungguh sayu saya mendengarnya seperti satu charge keimanan...Antara pointsnya ialah Manusia boleh pilih cara kematiannya melalui bagaimana cara hidupnya di dunia, andai memilih kehidupan dunia sebagai ladang akhirat sesungguhnya ia memilih kematian yang terbaik, sekiranya memilih dunia sebagai syurga untuk bersenang-lenang maka ia telah memilih kematian yang su'.... Moga Allah lindungi kita.

Ada satu peristiwa yang berlaku pada kawan saya ketika ingin mencium hajar aswad.... saya bersamanya pada mulanya tetapi disebabkan ramai orang ketika itu saya mengambil peluang untuk melaksanakan tawaf sunat tetapi dia ingin juga mencium hajar aswad tersebut... setelah selesai saya melaksanan tawaf saya menunggu di tempat yang kami selalu tunggu, selama beberapa minit saya menunggunya kelihatannya dari jauh menghampiri saya... Terkejut saya melihatnya..."Awat dengan spek mata ko?"..Retak. soal saya padanya.
Dia menceritakan kepada saya bahawa spek matanya diletakkan di dalam poket dan ketika berebut untk cium batu aswad tanpa disedari cermin matanya pecah..
Katanya lg kepada saya "Aku belajar benda baru hari ini" "Benda apa?" Soal semula padanya.... "Betapa sakit apabila mati... aku rasa nak mati td bila berebut nak cium hajar aswad, orang arab besar2 himpit dada aku..."

Mungkin cerita di atas ini simple tp beri banyak ibrah kepada saya tentang kematian, membuatkan saya untuk melihat semula kehidupan saya, penuh dengan apa saya isikan? Umur remaja saya diisi dengan apa? Kebaikan atau keburukan...
Ziarah dan Umrah kali ini memberi satu sentuhan tarbiyah yang mendidik jiwa saya agar terus Iltizam dan istiqomah dengan deen Allah SWT.

 

Wednesday, June 1, 2011

Kebodohan dalam Masyarakat: Apa tindakan kita?

Terkenang nostalgia lama, ketika perjalan pulang daripada AGM (Mesyuarat Tahunan) sebuah NGO di Selangor. Saya bersama beberapa orang pak cik yang amat saya kenali menaiki bas untuk pulang ke Kedah.. Subhanallah sepanjang perjalanan pulang pelbagai nasihat dan saranan diberikan kepada saya... terisi jiwa dengan nasihat daripada orang yang lebih tua daripada saya..

Semasa perjalanan pulang, bas yang kami sewa  berhenti rehat di sebuah RnR, saya tak ingat RnR yang mana satu. ketika itu sudah masuk waktu solat Maghrib, kami terus menuju ke surau yang disediakan untuk solat Jama3 taqdim (gabung maghrib dan Isyak). Saya menjadi makmun dan ada seorang pak cik dari kalangan kami menjadi imam.. Surau itu agak kecil, tapi ok je... Ketika solat aku terperasan di sebelah aku ada ruang kosong dan boleh muat seorang lagi, datang seorang pemuda lalu berdiri di sebelah imam dan solat berseorangan.

Sesudah kami selesai solat, saya bersama pakcik2 keluar daripada surau tersebut. Saya berjalan dengan dua orang pak cik yang amat saya kagumi menuju ke medan selera. Seorang pak cik mulakan bicara:  Kita boleh menjadi makmum solat fardu mana2 orang yang solat kecuali dua solat... terus pakcik tu tanya saya: Apa dua solat tu? Saya mengaru kepala seperti tidak tahu... Pakcik itu sambung lagi: Solat Jenazah dan solat gerhana, sebab solat itu rukunnya tidak sama dengan rukun solat fardu... 

Saya tertarik dengan apa yang pak cik tersebut sampaikan, saya terus memasangkan telinga saya mendengar apa yang dikatakan oleh pak cik tu: Sebentar tadi waktu kita solat, ada orang solat berseorangan sedangkan ada solat jemaah, ada orang pilih nak satu pahala sedangkan di situ ada 27 pahala, kita kesian melihat kebodohan yang terjadi dalam masyaratkat, ini baru dalam bab solat belum dalam bab2 yang lain, Allah nak beri lebih tapi pilih yang paling sedikit...

Mencelah seorang lagi pak cik yang berada disebelahku: sebab itulah kita tak boleh duduk diam, mesti kena buat sesuatu dalam nak memberi kefahaman islam pada masyarakat, maka dakwah dan tarbiyah kita jangan tinggalkan.

Terus tercengang saya dibuatnya, walaupun pak cik2 tu bukan aliran deeniyah tetapi mereka nampak apa yang perlu buat dalam merawat ummah, saya kagumi mereka, mereka mengambil peluang dalam memberi pengajaran dan tarbiyah pada diri saya. Mereka memberi pendidikan kepada saya untuk melakukan something kepada masyarakat kita...

Umat akan terus kebodohan jika kita selaku yang faham khususnya budak2 deeniyah tetapi tidak memahamkan masyarakat tentang keluasan islam ini, kebahagian deen. Jadi sama2 kita muhasabah, apa yang kita buat untuk Menyedarkan Masyarakat kita? Tepuk dada tanya iman... Wallahu a3lam
 

Monday, May 30, 2011

Saranan Movie: Valley Of The Wolves Palestine 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011

Sudah anda tonton movie ini? APA? Belum?
Rugi kot... Movie ini lebih baik anda tonton daripada movie korea/ jepun yang jiwang karat atau movie melayu yang pelbagai aksi khurafat... atau movie orang puteh yang berunsur lucah walaupun sedikit.
Saya dah tengok dan rasa macam nak tengok banyak kali... sepertinya tidak kebosanan...
Jalan cerita yang menarik...
Apa ceritanya yang sampai awak rasa hebat sangat movie nie?

Movie ini permulaan ceritanya memberi gambaran bagaimana kapal bantuan kemanusiaan (Mavi Marmara) yang dihantar ke Palestine diketuai oleh negara Turki bersama negara2 yang lain diserang oleh tentera Israel di bawah pimpinan Moshe(Ketua Komandan Israel) di luar perairan Israel.. SO rentetan daripada serangan ini ramai yang mati syahid dan tecedera, tambahan pula yang mati dan tecedera kebanyakan terdiri daripada Rakyat Turki...

Pasca serangan ini membawa kepada kemarahan Turki. kerajaan turki menghantar sekuad elit yang terdiri daripada tiga orang warga Turki untuk membunuh ketua Komandan Israel-Moshe yang telah mengetuai serangan ke atas kapal Mavi Marmara.. Amboi banyak cantik nak suruh cerita sampai habis.. nanti tak gempaklah sbb korang dah tahu jalan cerita.. So tengoklah sendiri.. 


Antara sebab yang terpenting kot buat saya nak tengok berulang kali.. seronok bila tengok Israel kena serang dan ramai tentera Israel terbunuh, Orang islam tampak hebat ketika berperang, dan kita dapat menghayati dan merasai bagaimana orang-orang Palestine ditindas dan dizalimi oleh tentera Yahudi ...

Apa tak nak percaya? Ikut suka koranglah... janji bg saya movie ini adalah terbaik.. kalau boleh bagi bintang, saya bg 5 bintang..
Kalau awak semua nak tengok sila tekan link di bawah


Selamat menonton dari saya, moga bermanfaat... Sekian Assalamualaikum wbt.

Tuesday, May 24, 2011

Bakal menjadi Tetamu Allah

Alhamdulillah syukur atas nikmat dan kurnian Allah... akhirnya selesai sudah exam akhir semester ini, hanya menanti result yang akan keluar dalam minggu nie paling lama. moga keputusan saya Islam dapat tumpang walaupun sedikit.
selesai sudah exam maka berdebarlah hati menanti keputusan...

Bersyukur juga sebab pada awal bulan 6, Insya Allah saya bakal menjadi tetamu Allah. Rasa tak sabar nak jejak kakidi bumi haramain.. asyik terbayang2 ka'bah dan raudah. Betapa seronoknya hati ini bakal dapat menjadi tetamu Allah. Doa2lah saya selamat sampai ye..:)

Saya nak mengajak diri saya dan pembaca2 dan sahabat2 saya yang akan bertolak dengan saya untuk melihat bahawa umrah dan ziarah kita ini merupakan satu stesyen penjanaan iman., satu tempat mengumpul bekalan bagi menjalani hari yang mendatang baik hari2 di dunia ataupun hari2 di akhirat. Ia merupakan tarbiyah imaniyah bagi kita untuk melihat kehidupan kita semua sama ada selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.

Apa yang membuatkan hati saya kempunan sangat nak pergi ziarah  dan umrah kat sana....
Labaikallah humma labaik... aku  hadir menyahut panggilan mu Ya Allah

1. Tempat bermulanya ajaran Islam. tempat yang membuatkan kita rasa izzah, sebab di sini bermulanya sirna keimanan sehingga sirnanya menjangkau seluruh alam. Kita akan menginsafi tentang diri kita, para2 sahabat yang mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk islam agar generasi kita merasai kenikmatan iman dan islam tetapi kita tidak menyumbang apa2 untuk islam.

2. Di sini terletak makam Rasulullah SAW.. manusia yang paling kita cintai melebihi segala-galanya selepas ALlah SWT. Yang membuatkan kita kenal Allah.

3. Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram." Berdasarkan hadis ini kita memahami betapa banyaknya ganjaran untuk orang yang solat di Masjid al-haram. Maka alangkah baiknya kita berebut2 untuk melaksanakan solat di sana.


4. dan banyak lagi. mungkin disebabkan terlalu banyak. maka tidak sempat untuk saya menceritakan dengan lebih mendalam tentang perasaan dan jiwa yang teramat rindu untuk menziarahinya.


Akhir kata doakan saya dan sahabat2 saya selamat sampai dan selamat pulang untuk menjadi tetamu Allah dalam rangka ubudiah lillah seterusnya menjadi turning point kepada iman agar terus tsabat atas keimanan dan ketaqwaaa. Isya Allah.

Monday, May 9, 2011

Ibuku, Jalan Syurgaku



Panggilan yang menggetarkan nurani – Ibu, ummi, emak dan mama
Apa jua panggilan untukmu, kami tahu engkaulah insan yang terpahut kukuh di setiap jiwa-jiwa yang merindui, menyanjungi dan memuliakanmu. – Ibu, Engkaulah jalan syurgaku!

Oleh : BroHamzah
Ibu Ummi  Emak dan Mama
Apa jua panggilan anda kepada seorang wanita yang melahirkan, membesarkan, memelihara dan mendidik anda – Seharusnya anda pauseseketika, memandang raut wajah mereka dengan penuh kasih sayang dan kecintaan yang dalam terhadapnya.
Ya. Berhenti sejenak. Memandang jauh ke dalam celah-celah kehidupan yang berkemungkinan kita sendiri tidak menyedarinya.

Buangkan segala perasaan ketidakpuasan hati, dendam yang tidak berkesudahan dan kebencian yang tidak bertepian kepada ibu-ibu kita lantaran kesilapan mereka dan kelemahan kita.
Leburkan keegoaan, kebongkakan dan keangkuhan kita buat seketika. Lupakanlah segala kisah-kisah duka kita yang menjadi episode kisah lama yang tidak berkesudahan, igauan silam  yang sering menghantui kehidupan dan menjadi bebanan kepada kita sehingga ke hari ini.
Tanya kepada diri kita dengan jujur dan ikhlas.
Sebenarnya siapakan mereka dihati kita?
Adakah wujudnya ruang di dalam sudut jiwa kita ini – mereka di dalamnya?
Atau ibu-ibu kita ini hanya manusia biasa seperti manusia lain yang melata di alam dunia ini.
Imbauan Kenangan Lalu
Marilah kita susuri alur kehidupan itu sebagai cerminan sebuah perjalanan kehidupan. Kembali ke masa-masa nan indah, saat merajut benang-benang cinta, merenda hari-hari penuh makna, merindui harmoni jiwa dan menemukan bahagia di ufuk rasa.
Bayangkan dengan sepenuh jiwa yang tumbuh di dada kita. Berikanlah masa dan ruang kepada jiwa kita untuk bertenang. Memberikan kesempatan kepada hati untuk subur kembali serta hidup subur dengan warna-warna kasih sayang yang tidak bertepian.Mudah-mudahan, mata hati kita yang semakin tumpul dan gersang ini kembali mekar dengan nilai-nilai kasih sayang yang mendamaikan.
Hulurkan cinta yang menjadi fitrah di hati. Usirkan segala bentuk kebencian yang mencengkam jiwa kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Pupuk dan hadirkanlah perasaan cinta yang mendalam buat ibu kita, insan yang seharus menjadi manusia yang teristimewa di dalam hayah ini.
Benar, teringat kata-kata Ustaz Rahmat Abdullah – seorang tokoh pendakwah di Indonesia – “ Cinta menghilangkan segala rasa sakit!-
Saat kita masih bertatih mengenal dunia, ibu kita menjaga dan memelihara kita dengan penuh kasih sayang yang tak tertumpah. Ibu menyuapi, memandikan dan bersengkang mata menjaga kita dengan layanan top class. Setiap saat dan detik, ibu memperhatikan di tempat tidur –  bimbang jika  ada serangga-serangga kecil yang menganggu, menggigit dan menrayap-rayap di tubuh kita yang comel itu.
Begitu peka, sensitif dan teliti.
Ditatapnya wajah kita dengan ukiran senyuman yang sungguh indah.
Mata kita direnungi dengan penuh pengharapan
Kulit pipi kita yang gebu disentuhi dengan hujung jari dengan curahan jiwa yang penuh
Semangat ibu sungguh luar biasa. Seharian berkejaran melakukan itu dan ini. Bermula di pagi yang dingin,  ibu orang yang pertama yang bangun membersih diri. Dan, bermulalah  rutin hari dengan pelbagai kerja, komitmen dan tugasnya sehingga ke malam hari. Tanpa rungutan, keluhan dan keputus asaan. Semua dilakukan dengan penuh keikhlasan, kesungguhan dan komitmen yang mendalam.
Disamping kerja yang benar-benar banyak dan bertimbunan tanpa kesudahan. – Ibu tidak pernah lupakan untuk memberikan didikan yang terbaik buat belahan hatinya. Iaitulah aset harta yang tidak bernilai harganya :  anak-anak. Saban waktu dan ketika, diberikan peruntukan masa untuk mengajar dan membimbing anak-anak sehingga mampu membaca, menghafal dan menulis.
Tutur katanya adalah harapan dan doa
Nasihat yang bermakna buat jiwa
Keredhaanya adalah keredhaan Rabbuna
Kemurkaannya adalah kemurkaan yang membawa bencana
Harapan dan kasih sayang seorang ibulah yang medorong, memotivasikan dan mencita-citakan buah hatinya dalam lantunan doa-doa yang selalu menghiasi zikir munajat dan rintihannya kepada Ilahi. Doa yang dipanjatkan dengan kerendahan jiwa mengisi solatnya, mewarnai interaksinya dengan rabb dengan penuh kesyahduan dan kekhusyukan.
Dan dari susuk peribadian seorang ibulah, lahirnya manusia-manusia yang hebat. Manusia-manusia yang terkenal dengan keberanian, kepahlawanan dan kebijaksanaan. Mereka terbentuk sedemikian dengan usaha-usaha didikan dan sentuhan “magis” seorang yang bergelar ibu.
Saya suka satu kalimah yang menggugah jiwa saya.
“ Disebalik kehebatan seorang lelaki, dibelakangnya ada seorang wanita yang berjiwa besar menyokongnya.”
Disebalik kejayaan, kecemerlangan dan kepahlawanan seorang anak dalam kehidupan, kerjayaan dan pencapaiannya – insyaAllah, ada seorang insan yang memberikan didikan, dorongan, sokongan dan inpirasi kepada nya. Itulah aura seorang insan yang bergelar ibu.
Akademi, sekolah dan madrasah pertama individu-individu yang hebat,berjaya dan bersinar dalam dunia semuanya bermula dengan sentuhan guru yang pertama iaitu ibu. Mereka adalah madrasah sebelum madrasah yang lainnya.
Itulah Al-ummu madrasatun. ( Madrasah keibuan)
Seorang ibu adalah akademi, sekolah, institusi dan pusat pengajian bagi setiap anak-anaknya sekaligus menjadi madrasah cinta para pahlawan yang gagah berani dalam sejarah peradaban dunia. Di sebalik perwatakan, keperibadian, susuk tubuhnya dan tutur bicara seorang ibu – ia telah melahirkan puluhan ribu manusia-manusia yang hebat dalam sejarah dunia.
Ibu, mereka adalah insan yang dihiasi dengan kelembutan, keindahan, keistimewaan dan ketenangan. Di tangan merekalah lahirnya manusia-manusia yang berjiwa besar, lahirnya para ulama, terbentuk manusia-manusia yang bersabar dan wujudnya manusia-manusia yang bijak seperti cendiakawan.
Ibu, dia adalah insan yang terhias di raut wajahnya dengan warna kasih sayang yang tiada bandingan. Seorang teman, pendamping dan teman dalam duka. Insan terbaik untuk meluahkan perasaan, kehibaan, kesedihan dan kekecewaan. Tempat berlindung dan mengadu segala kesakitan dan penderitaan. Didikan, asuhan dan belaiannya adalah kedudukan yang paling mulia dan dialah sumber pancaran kasih sayang yang menyinari alam.
Ibu,  pada matanya ada rahsia, dikelopak matanya ada derita. Namun, semuannya dipendam jauh di pangkal jiwa demi kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan anak-anak tercinta. Pelukannya penuh makna kemanusiaan. Ciumannya kepada anak-anak adalah selawat hati dan segala curahan keperihatinan kepada mereka adalah ibadah buat Rabbul Izzati.
Ibu , mereka umpama mentari yang menghidupkan keserian seisi bumi.Hilangnya wanita yang bergelar ibu dari kehidupan, ia akan menguburkan sebuah kebahagiaan. Lenyapnya mereka dari pentas atlas dunia bererti terbunuhnya kegembiraan yang mengakar jiwa.
Kisah-kisah mereka yang terkenal dengan ketokohan, kepahlwanan, keilmuan, kebijaksanaan dan kemahsyuran semuanya bermula dengan didikan tangan seorang ibu. Ingatkan anda kisah seorang imam mazhab yang kecil-kecil sudah menjadi mufti, – Imam Syafiee? Imam Nawawi yang gigih dalam menuntut ilmu sehingga lupa untuk menjamah makan? Pemimpin yang begitu tegar memimpin bala tenteranya yang berlayar di atas dataran, Sultan Muhammad al-Fateh? Kisah kecekalan As Sayyid Syed Qutb yang teguh dalam berjuangan penannya?  Kesungguhan semangat jihad Abdullah Azzam, bapa jihad zaman moden yang akhir menemui cita-cita agungnya iaitu mati syahid? – Dan siapakah seorang insan disebalik kehebatan dan keluarbiasaan mereka ini?
Itulah penangan sentuhan tangan bonda yang sangat-sangat luar biasa.
Ibuku, Jalan Syurgaku
Sedarkah kita, ibu menjadi salah satu lorong-lorong dan jalan menuju ke syurga. Tiket untuk ke sana, dipegang oleh keredhaan ibu kita terhadap anak-anaknya. Justeru, harus kita meniti beratkan soal ini sebagai salah satu agenda yang terpenting di dalam hayah ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepadamu, apakah engkau sia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”
( Riwayat Tirmidzi)
Tepuk dada, soallah iman kita. Sama ada kita ingin menjadikan ia sebagai agenda, atau ingin menyia-yiakannya pergi begitu sahaja.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengajak kita melihat diri kita. Melihat bagaimana kita berhemah, berbakti dan menyantun kedua ibu bapa kita. Terutamanya ibu kita sendiri. Perkara ini sangat-sangat penting, bahkan Prof Dr Yusuf Al-Qardawi telah menukilkan sebuah karya yang sangat bagus untuk diteliti oleh setiap daripada kita iaitu Fiqh Birrul Walidain. ( Fiqh Mentaati Ibu Bapa).
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan Rabb-Mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.”
( Al-Isra 17 : 23)
Birrul Walidain ia adalah ajakan untuk menjejaki syurga yang abadi. Lorong-lorong untuk kita menghampiri dan mendekati syurga Allah SWT dan meraih keredhaan-Nya. Ia adalah salah satu cara untuk menyelamatkan seseorang daripada azab api neraka yang dahsyat lagi mengerikan.
Birrul Walidain, bererti berbakti, mematuhi, mentaati, memelihara kedua orang tua, menjamin hak-hak peribadi mereka, memenuhi keperluan kehidupan mereka, mengasihi mereka sepenuh jiwa dan rasa. Ia sebenarnya adalah pusat kekuatan energi kehidupan yang menghidupkan.
Birrul Walidain adalah pintu syurga yang paling tengah. Sesiapa yang peka dan sensitif dengan tolakan dan desakan keimanan yang luruh ia akan membuat pemilihan yang bijak. Bahkan akan bertindak segera untuk meraih energi kebahagiaan yang sejati. Namun, bagi yang derhaka maka bersiap-siaplah untuk sengsara penuh derita!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Dosa-dosa besar adalah menyekutukan Allah, dan derhaka pada kedua ibu bapa dan membunuh manusia dan sumpah palsu.”
( Riwayat Bukhari)
Birrul Walidain, bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan agama dan kewajipan. Tetapi ia dimaknai dan diertikan dengan pantulan keimanan, keyakinan, kepercayaan dan kepasrahan kepada Allah SWT. Kerana itulah, jasa bakti dan khidmat ini harus direncanakan dan digerakan sama ada ketika masih hidup mahupun setelah tiada.
Membahagia jiwa Sang Bidadari Dunia

Saya masih mengingati sebuah buku yang pernah saya beli ketika membuat lawatan ke Makasar, Indonesia pada pertengahan tahun lepas yang ditulis oleh seorang penulis bestseller Zero To Hero – Solikhin Abu Izzudin iaitu yang bertajuk The Great Power Of Mother – Inspirasi Dahsyat Dunia Akhirat. Buku yang menyentuh tentang kehebatan seorang wanita yang bergelar ibu, ummi, mama dan emak. Saya membaca dengan penuh minat. MasyaAllah. Ajakannya untuk menjadikan peluang dan nikmat memiliki seorang ibu sebagai laluan untuk menuju ke syurga harus dilihat dengan penuh semangat dan jiwa yang terbuka.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Mereka yang menyalahi janji Allah sesudah diteguhkannya. Dan memutuskan apa-apa yang diperintah Allah supaya dihubungkan, dan membuat kerosakan di muka bumi. Untuk mereka laknat Allah dan bagi merekalah seburuk-buruk tempat tinggal (neraka).”
( Ar-Ra’d 13 : 25)
Bagaimanakah untuk membumikan Birrul Walidain ini di dalam kehidupan, agar ia menjadi langkahan kita menuju syurga? Saya kongsikan dengan anda berdasarkan panduan Al-Quran, Hadis, nasihat ulama’ dan pembacaan ilmu. InsyaAllah.
  • Mentaati selama mana mereka tidak bermaksiat
  • Memberikan nafkah dan mencukupi keperluan mereka
  • Menyambung silaturahim sesama ibu dan anak
  • Mendahulukan kepentingan mereka
  • Melakukan pengorbanan untuk mereka
  • Bersegeralah menyahut panggilan mereka
  • Bermanis muka di hadapan mereka
  • Tidak mengatakan “Uf” kepada mereka
  • Tidak mencela keduanya
  • Membalas jasa mereka
  • Membawa mereka menunaikan haji ke Makkah
  • Meminta izin kepada mereka untuk memasuki kamar keduanya
  • Sentiasa mendoakan mereka selepas solat
  • Sentiasa bertanya khabar kepada mereka melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti emel.
  • Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah
  • Memohon keredhaan ibu bapa dan memohon kemaafan jika melakukan kesalahan
Anak yang berjiwa himmah

Himmah, semangat, keazaman dan tekad dalam berbakti kepada ibu perlu kita janakan. Bila? Bermula sekarang. Di saat, usia kita yang masih berbaki ini. MasyaAllah – ketahuilah banyak ganjaran dan imbuhan jika kita berbuat baik, mentaati dan menyantuni kedua ibu bapa kita. Khususnya, insan yang sangat hampir dan dekat dengan kita. – Ibu kita sendiri.
Saya teringat pesanan murabbi saya berkaitan keharmonian rumahtangga yang mungkin kita sebagai anak boleh aplikasikannya. Katanya sebuah keluarga yang bahagia harus memiliki dan mengamalkan 3 T.
Formula 3T. Apakah perkara itu?
T yang pertama ialah Touch. Sentuhan. Keluarga yang hajat kepada kebahagiaan harus memiliki sentuhan kasih sayang, cinta dan perasaan. Sama ada sentuhan dalam bentuk kejiwaan atau fizikal. Luahan, penyataan dan belaian adalah kata kunci kekeluargaan yang tiada boleh diabaikan oleh ahli keluarga sama ada bapa, ibu atau anak-anak.
Lihat, dan tanya hati. Adakah kita benar-benar memberikan sentuhan hati ini kepada ibu kita? Tanyalah dengan jujur. Tanyalah ia dengan mata hati yang benar-benar menginsafi.
T yang kedua ialah Time. Masa. Kualiti masa dalam bentuk “kebersamaan” adalah suatu hubungan yang sangat-sangat penting untuk diteliti. Sesibuk mana kita semua – anda, saya dan mereka-mereka- saat –saat bersama keluarga tidak boleh dipandang remeh. Pentingkan kualiti masa itu lebih utama daripada kuantiti masa bersama keluarga. Pilihan ditangan anda.
Bagaimana kita? Sibukah kita sehingga “tiada” masa untuk diluangkan untuk ibu kita. Tanyalah hati sendiri, anda berhak menjawabnya!
T yang ketiga ialah Talk. Bicara, sembang-sembang dan luahan jiwa. Komunikasi melalui tutur bicara adalah komunikasi yang sangat-sangat penting dalam pembinaan perhubungan kemanusian dan kekeluargaan. Kelompongan aspek ini benar-benar ketara di dalam masyarakat hari ini, bahkan senda gurau, gelak tawa dan senyuman semakin tawar, hambar dan hilang serinya di dalam institusi keluarga hari ini.
Bicara kita? Adakah terdinding dan terhijab  dengan kebekuan jiwa dan kelesuan interaksi  sentuhan nurani yang mesra dan ramah?
Semoga kita, tersedar dari lamunan yang panjang. Di kampung dan di halaman kediaman kita ada insan yang sedang menantikan kepulangan dan kewujudan kita di sisinya setiap ketika dan masa. Mereka dahagakan curahan kasih sayang, belaian mesra dan sentuhan kejiwaan daripada kita.
Wahai, anak-anak – sesibuk mana pun kalian, berhubunglah dengan ibu kalian. Usah biarkan air matanya menitis perlahan-lahan membasahi pipi lantaran keterlukaan dan terasa hati dengan sikap kita. Hanya beberapa minit sahaja yang diperlukan untuk bertanya khabar dan menyantuni mereka melalui corong telefon yang kini mudah untuk dilakukan.
Suara-suara bicara kalian – adalah kerinduan yang memuncak di nurani seorang ibu. Ibu kalian hanya perlukan sedikit sahaja sela-sela masa kesibukanmu untuk “bersama”nya. Adakalanya, kita akan tersentak bahawa kita “memiliki” seorang ibu apabila setelah sampai suatu berita kepada kita :
“ Assalamualaikum, along – Banyakan bersabar. Ibu telah tiada, balik segera …”
sedutan: http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4691587765313249877

Friday, April 29, 2011

Akhlak seindah wajah

jangan dok cermin muka ja, cermin akhlak juga~ QM

Alhamdulillah di sini saya ingin mengambil kesempatan berkongsi sedikit sebanyak perkongsian moga ia memberi satu lonjatan kepada kita agar sentiasa iltizam dan istiqomah kepada Deen Allah.

Saya ada seorang sahabat yang tinggal satu bangunan dengan saya, dan saya amat mengenalinya, apa yang saya ingin berkongsi tentangnya ialah tentang kegemarannya. Dia ini bolehlah dikatakan sebagai budak yang handsome la. Di rumahnya ada beberapa cermin, setiap kali dia melalui kawasan di rumahnya yang mempunyai cermin, mesti dia memerhati cermin untuk melihat wajahnya dan kekadang memuji-muji kehandsomannya. Hatta jika saya berjalan bersamanya, setiap kedai yang cermin pintunya ada pantulan akan dilihatnya sambil menanya pendapat saya tentang wajahnya.

Ada kaitan tak tajuk saya dengan kisah di atas?...
Ada kot
Ish Macam Tak dak kaitan ja.

klau awak rasa tiada kaitan kita bagi juga ada kaitan sikit-sikit.

Saya terfikir bila melihat perbuatan sahabat saya ni, mungkin perkara ini Allah nak didik saya, Saya terfikir dalam benak saya, kenapa bila melihat cermin Rasulullah SAW sarankan kepada kita untuk membaca doa.
Sebelum tu awak tahu tak doa tengok cermin? tak tahu? bagus, nie yang saya nak bagi tau kat awak:



اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ


"Ya Allah, seperti mana engkau mempercantikkan kejadianku, percantikkanlah akhlakku"


Kita lihat bagaimana Rasulullah ajar kita membaca doa yang sungguh indah dan molek, kita mohon pada Allah setelah kita melihat cantiknya susunan Allah pada wajah kita, hidung sata, mata dua, telinga dua, muka putih, muka kuning langsat, dan sebagainya, maka kita mengharap dan memohon doa pada Allah juga agar akhlak kita juga terbaik bukan cacat, moga ada akhlak bercakap benarnya, amanahnya, sopan santunya, saling menghormati, saling mengasihi, bertanggungjawabnya, kesungguhannya, kerajinannya, dan sebagainya.


Dah nampak dah kaitan?
Sejauh mana cantiknya kita, sejauh mana handsomenya kita, semuanya balik pada Allah, apa guna muka cantik tapi Akhlak tiada,Jika muka kita ada jerawat sebiji sekali pun, kita sudah risau, tp bila kecacatan dalam akhlak kita, tak risau langsung. 


Kalau produk-produk kecantikan semua kita guna untuk nak hilangkan jerawat yang sebiji untuk nak jaga kecantikan kita, tapi kita tak ada guna apa2 produk langsung untuk merawat kecacatan akhlak kita. Dan doa ini menjadi muhasabah kepada kita agar akhlak kita juga terawat.


Saya teringat waktu zaman sekolah dulu, sahabat saya pernah bagi tahu kepada saya, jika kita dapat isteri yang tidak lawa (x cantik), kita rasa tak senang hati melihatnya, kita toleh muka ke tempat lain, maka hilanglah wajahnya dari pandangan kita, atau walaupun tak cantik tapi melihat akhlak diapun dah tenang hati  dah... Tapi jika isteri cantik akhlak buruk, kita toleh wajah ke tempat lain pun orang ramai akan menceritakan keburukan isteri ataupun toleh wajah ke mana tempat pun sikap buruknya tetap memburukkan pandangan kita.


Jadi mari lah kita bina diri untuk rawat kecacatan akhlak kita menjadi seindah wajah kita, seindah bunga yang mekar berkembang....

Tuesday, April 19, 2011

Iklan: Penduduk jordan semua jangan lepaskan peluang

~IKLAN FIKH MEDIC~
Ketahuilah peluang yang datang buat pertama kali amatlah bermakna kerana peluang yang kedua belum tentu akan datang lagi atau mungkin datang tapi belum tentu sama nilainya dengan peluang pertama....
Jadi rebutlah peluang ini...
Hikmah itu ialah barang orang mukmin yang hilang, jika kamu temui  ambillah kerana ia milikmu..
Mungkin anda berfikiran ia tiada kaitan dengan anda tapi mungkin ia ada kaitan dengan keluarga anda, ayah anda, ibu anda, adik-beradik anda, atau saudara-mara anda..
Tunggu lagi!!!!
untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik  Sini 

Ratusan rakyat Mesir kepung duta Israel di Iskandariah


~Gambar Hiasan~
Selasa, 19/04/2011 - Ratusan rakyat Mesir keluar bedemonstrasi pada hari Khamis, (14 April), di hadapan bangunan kedutaan Israel di Iskandariah (240 km barat laut dari Cairo), sambil melaungkan kritikan terhadap tindakan Zionis ke atas Gaza dan kepungannya, serta turut membantah pengharaman laman web “Intifadhoh Palestin ke-3″ dekat laman sosial Facebook.
Sebilangan besar tentera dan pasukan keselamatan diperlukan untuk mengawal bangunan kedutaan Zionis di daerah Kufr ‘Abdah di Iskandariah, pintu masuk utama pejabat kedutaan uga ditutup, dan segala pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan, pada waktu yang sama para pendemonstrasi melaungkan slogan menentang Zionis, dan mengumumkan sokongan mereka kepada “Intifadhoh ke-3″ yang bakal keluar pada 15 Mei depan.
Menurut sumber akhbar “Quds Press”, para peserta demontrasi kebangkitan rakyat Mesir yang lepas turut serta dalam demonstrasi kali ini, yang menentang tebok kepungan Gaza dan keganasan berterusan ke atas kawasan itu oleh pihak musuh (Zionis), selain memprotes penutupan laman khas Facebook khas untuk Intifadhoh Palestin yang disifatkan sebagai “tindakan yang rasis dan tidak adil serta menunjukkan kepatuhan kepada politik Zionis, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Facebook yang pada asalnya bersifat universal.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Friday, April 15, 2011

Karl Marx:Tokoh yang ingin mengatur masyarakat tapi tidak mampu Mengurus Diri.



Sosok tubuhnya yang berisi dengan ketebalan janggutnya. Ia berikrar agama adalah kerosakan, bahkan diumpakan candu. Walaupun demikian, ia dipuja sepuja-pujanya oleh masyarakat yang tidak memahami hakikat kehidupan. Meskipun baginya tuhan hanyalah khayalan bagi manusia yang beragama. Ya, dia memang kesal terhadap Agama dan kepercayaan. Dengan mata kepalanya sendiri, ia telah menyaksikan ayahnya yang pengecut sebagai seorang pendeta Yahudi yang menarik kata-kata dalam pengucapannya di bidang reformasi politik hanya karena takut diperlekehkan sebagai bangsa Yahudi.
Karl Marx, seorang pengasas sejati fahaman komunis itu sudah diangkat bak dewa sejati yang banyak berkorban. Nama Karl Marx sememangnya tidak asing dari telinga kita malahan menjadi buah mulut masyarakat sama ada memujinya atau menghinanya. Ia menjadi terkenal selepas mengemukan pemikiran-pemikirannya yang luar biasa di bidang sosiologi, ekonomi, dan politik menjadi pelajaran wajib dan silubus untuk dipelajari di kampus-kampus universiti. Malahan, bukunya seperti Das Kapital dan Manifesto Komunis terlaris dan hot selling di pasaran seterusnya pemikiran-pemikirannya  diterapkan pada masyarakat. Kesannya lahir tokoh-tokoh dan masyarakat yang mendukung setia gagasan ini walaupun pada hakikatnya berlawanan dengan fitrah manusia.
Akan tetapi, ketahuilah dibalik pemujaan kepada Karl Marx dan idola bagi generasi muda di dunia terhadap seorang tokoh atheis yang membawa pemikiran ini, ada sekelumit catatan hitam darpada pengalaman pribadi Marx yang jarang diketahui orang. Saya ingin bertanya kalian: Benarkah Marx mampu mengurus masyarakat sedangkan ia tidak mampu menyelesaikan masalah di kelompok terkecil dalam masyarakat: Keluarganya!
Dalam lembaran catatan hitam tersebut, dikisahkan bagaimana gambaran kehidupan Marx selama ini. selepas ayahnya meninggal dunia, kehidupan Karl Marx  mula bergelimang dengan hutang disana-sini. Hutangnya disekeliling pinggang. Dalam kondisi yang tak terdaya ini, ia tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya menumpukan pada hutang yang menggunung tinggi sehingga menjadi sulit untuk dilunaskan dalam tempoh terdekat ditambah kondisi ketiadaan seorang ayah.
Karl Marx ingin memohon pertolongan daripad ibunya. Terlihat keadaan  ibunya yang berwajah kedut, Marx mahu menjadikan ibunya sebagai sasaran untuk melangsaikan hutangnya. Dengan nekat, Marx memberitahu ibunya yang sedang menjanda agar membantunya mengurangkan beban hutang peribadinya. Malangnya  ibunya menolak permintaan Marx agar memembantunya menutupi hutangnya yang menggunung kerana hutangnya adalah masalah peribadi bukan masalah keluarga.
Namun itu hanyalah sebuah permasalahan dari sudut negatif Marx selama ini, mari kita lihat pada usia remaja, Karl Marx seorang terkenal dalam kalangan kawan-kawan seusiannya sebagai seorang pencinta minuman. Sejak berumur 17 tahun, mulut Marx sentiasa menelan dan meratah keenakan anggur. Keseluruhan hidupnya tak terfikir sekalipun untuk serius mencari kerja demi membantu keluarga. Karl Marx mula terdapat sedikit perubahan dari aspek kewangan, saat bertemu seorang yang dikaguminya yang bekerja di bidang penerbitan.
Menurut Herry Nurdi, nama orang yang dikaguminya ialah Moses Hess. Pekerjaan Marx dalam penerbitan Hess melonjak dengan tinggi sehingga dari  pekerjaan sebagai seorang editor ia menjadi pengarah redaksi. Ia juga menjadi penyebar propaganda sosialis nombor satu ketika itu.
Menurut Marx, sudah tiba waktunya bagi pemikiran sosialisme yang dibawanya untuk menuntut dan mendesak  agar dipraktikkan tidak lagi beredar dikepompong  idea-idea. Di proses inilah, terjadi pertembungan pemikiran Marx daripada seorang teoritis  ke arah praktis.
Ketika proses inilah Marx juga bertemu seorang komunis tulen yang mendokong perjuangannya dan akhirnya menjadi sahabatnya Frederich Engles (1820-1895). Seorang sahabat yang sangat sabar dalam membiayai kehidupan Marx yang miskin dan tidak terurus sehingga akhir hayatnya.
Pada tahun 1849 sehingga akhir hayatnya, Marx hidup dalam buangan di British. Sehingga ia meninggal dunia, Marx memiliki masalah besar dalam mengatur dan mengurus dirinya sendiri. Beliau lebih banyak menghabiskan waktunya di dalam perpustakaan British Museum, untuk menggali dan mengkaji  teori ekonomi dan kapital. Sehingga tidak ruang masa untuk mengunjungi keluarganya yang terbengkalai dan terbiar.
Semasa Marx menulis Das Kapital, sebenarnya kehidupan Marx berada dalam keprihatinan. Ia hidup penuh kesulitan dan terlunta-lunta. Karl Marx menelurkan konsep ekonomi tanpa memperhatikan sama sekali malahan menjeling sedikitpun tidak kepada kehidupan ekonomi keluarganya. Karl Marx bercita-cita besar agar dirinya bererti bagi masyarakat sejahtera, namun tidak sekali  mencuba dilaksanakan dikeluarganya sendiri. Si isteri begitu pilu, kehidupannya bagai perempuan sebatang kara di tengah hutan dan laksana perempuan kematian suami, tidak sedikitpun mendapat belaian kasih sayang seorang suami bernama Marx.
Malahan untuk membiayai kehidupan keluarganya pun diambil peranan oleh Frederich Engels. Engles lah yang menyalurkan dana keseluruhannya bagi menanggung kehidupan keluarga Marx. Berkat kesungguhan Engels, Das Kapital yang menjadi rujukan para komunis, boleh kita temuinya tiga jilid.
Cyril Smith dalam bukunya Friedrich Engels and Marx’s Critique of Political Economy, berpendapat bahwa sebenarnya banyak orang percaya bahwa Engels selalu gagal dalam memahami karya Marx. Setelah kematian Marx, Engels menjadi juru bicara terkemuka bagi teori Marxian dan dengan mendistorsi dan terlalu meyederhanakan teorinya, meskipun ia tetap setia pada perspektif politik yang telah ia bangunkan bersama Marx.
Menurut Paul Johnson, sebenarnya Karl Marx hanya menulis Das Kapital secara lengkap hanya di jilid pertama, sedangkan dua jilid terakhir lagi dikumpulkan oleh Engels dari surat-menyurat yang dilakukannya kepada Karl Marx. Boleh dikatakan, tanpa ketekunan Engles  mungkin nama Karl Marx akan terjerumus dalam status seorang pendedam dan pemarah tanpa mapu menyelesaikan tugasnya sendiri.
Setelah Marx menyiapkan jilid pertama dari Das Kapital, pada tahun 1867, kondisi kesihatan Karl Marx menurun drastik. Tokoh Yahudi tersebut mengalami tingkat kesihatan yang terburuk dalam hidupnya. Marx berada dalam situasi penuh kesulitan untuk menyiapkan buku Das Kapitalnya.
Dalam bukunya, Intellectuals, Paul Johnson juga mengambarkan pada aspek yang lain iaitu emosi  Karl Marx. Digambarkan bagaimana jatidiri Marx selama ini tidak lebih daripada dihiasi sifat pentingkan diri sendiri, kaki botol, pemarah serta perokok tegar. Kita lihat pendapat isterinya tentang Marx, jika saya masuk ke kamarnya, mata saya akan berair kerana asap rokok yang bergumpal-gumpal di dalam bilik Marx. Keadaannya kotor dan diselimuti debu, malahan untuk duduk saja di kamarnya adalah suatu perkara yang menjijikan.
Gaya hidup seperti ini telah memburukkan dirinya sendiri. Ia seorang yang sangat jarang membersihkan diri dengan mandi-manda, bahkan hanya sekadar mencuci muka. Ia tidak memiliki pengurusan waktu yang  jelas lagi sistematik bila dia tidur dan bila ia bangun. Tambahan Karl Marx pernah ditangkap polis karena melakukan kekerasan dan menggunakan pistol akibat emosinya yang tidak terkawal. Diceritakan ia, melakukannya dalam keadaan tidak sedar atau sedang mabuk. Marx memang bukan penagih alkohol, tapi di dalam bukunya Paul Johson mengatakan bahwa Marx memiliki jadual rutin untuk berminum minuman keras.
Isterinya mati pada tahun 1881, dan anak perempuannya pada tahun 1882 dan Marx sendiri meninggal dunia pada  tahun 1883. Karl Marx seorang yang yang tak mampu mengatur dirinya sendiri tetapi berusaha mengatur masyarakat melalui ekonomi, politik, bahkan sosiologi. Ganbarnya digantung di tembok-tembok sekolah sebagai sosiologis sejati. Ironis. (pz)
Referensi 
Herry Nurdi, Membaca Karl Marx Dengan Kaca Pembesar, Jurnal Islamia Vol III No. 2
Paul Jonshon, Inttelectuals: FromMarx to Tolstoy, Sartre and Chomsky. Ebook
Michael H. Hart. Seratus Tokoh Orang Paling Berpengaruh di Dunia. Ebook

Tuesday, April 5, 2011

Murabi: Antara Ilusi dan Realiti

Ini adalah post yang saya ambil dari blog Murabi saya Cikgu Azmi. Saya rasa post ini banyak memberi erti kepada saya dalam memahami permasalahan ummat yang berlaku dan perkara yang perlu saya lakukan. Di sini saya ingin konsgsikan kepada anda semua....

Mungkin kadang-kadang timbul persoalan di kotak minda kita; Mengapakah malangnya umat Islam hari ini? Mengapa kekufuran begitu berkuasa? Bukankah kita ada Allah, tapi dimanakah pertolongan Allah untuk umatnya? Kenapa Allah SWT membiarkan umatnya terhina hingga akhirnya fitnah dan kehinaan itu jatuh kepada Islam iaitu agama sempurna kurniaan Allah SWT? Dan berbagai persoalan lain yang ‘bau’nya hampir sama.

Ya, kenapa begitu? Adakah kehinaan itu merupakan kehendak Allah ke atas umatNya agar mereka akan dimuliakan di Akhirat nanti? Adakah dunia ini yang tidak lebih beratnya dari sayap lalat, semuanya untuk mereka yang kufur dan bahagian untuk kita ialah Syurga di Akhirat nanti?

Mungkinkah begitu? Bukankah dulu umat Islam pernah berada ditempat yang begitu tinggi hingga wanita-wanita barat pun bertudung kerana merasakan bertudung itu moden dan up-to-date? Bukankah dunia pernah menjadikan Islam sebagai model untuk dicontohi? “Adakah sekarang Allah telah mengubah ketentuanNya???" Atau kita yang sebenarnya telah mengubah keadaan diri kita hingga kita tidak lagi layak untuk menerima pertolongan dan kemuliaan dari Allah SWT

Ya, persoalan ini nampak begitu kontroversi tetapi perlu kita fikirkan dan renungkan bersama-sama. Pernah satu ketika di mimbar MATRI khatibnya menyentuh persoalan ini dengan memberikan analogi yang dikemukakan oleh Ulama’ besar; Syeikh Abul Hassan Ali An Nadwi. Setelah mendengar analogi itu, saya benar-benar mendapat satu jawapan yang begitu jelas dan konkrik.

Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Namun pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin” tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi VS realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “sebuah patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti mereka sebagai Yahudi. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan? Bukankah kita hanyalah ILUSI.

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Dan sudah menjadi sunnatullah, Realiti akan sentiasa mengalahkkan Ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Bukankah watak kita tidaklah seperti yang digambarkan oleh Allah SWT melalui KalamNya? Bukankah watak kita bukanlah watak yang melayakkan kita untuk menerima pertolongan dari Allah yang Maha Berkuasa dan Robb bagi alam ini?

Disinilah kunci untuk kita memahami situasi yang sedang kita lihat dan kita tangiskan ini. Disinilah kunci penyelesaian bagi semua masalah yang kita hadapi; Kita perlu balik kepada REALITI kita sebagai hamba Allah SWT yang soleh, Mukmin dan bertaqwa kepadaNya.

Sunday, April 3, 2011

Diabetes


Kali ini saya ingin kongsikan tentang satu penyakit iaitu diabetes... saya sekarang sedang membuat beberapa kajian tentang fikh medic dan ini adalah sebahagian daripada bahan saya yang mungkin boleh saya kongsikan... kalau kurang itu saya mohon maaf dan mohon ampun pada Allah..

*****************************************000***********000******************************************** 

Diabetes merupakan penyakit kronik (seumur hidup) disebabkan kadar gula yang tinggi di dalam darah
Punca dan risiko
Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal gula dalam darah. Diabetes boleh disebabkan oleh terlalu sedikit insulin atau ketahanan insulin, atau kedua-duanya.
Dalam memahami diabetes,  penting untuk memahami proses di mana makanan dicerna agar dapat digunakan oleh tubuh sebagai tenaga.
 Beberapa hal terjadi ketika makanan dicerna:
• Sebuah gula yang disebut glukosa akan memasuki aliran darah.Glukosa merupakan sumber bahan bakar untuk tubuh.
• Pankreas mengambil peranan dalam menghasilkan insulin. Peranan insulin adalah untuk memindahkan glukosa daripada  aliran darah kepada otot, lemak, dan sel-sel hati, malah ia juga menjadi bahan bakar.

Sebab-sebab kandungan gula yang tinggi dalam darah:
• pankreas tidak menghasilkan insulin dengan cukup
• otot-otot, lemak, dan sel hati tidak memberikan respon terhadap insulin
• Atau terjadi kedua-dua hal di atas

Jenis-jenis Diabetes:
• Diabetes jenis pertama biasanya didiagnosis pada masa kanak-kanak.Banyak pesakit yang didiagnosis ketika mereka berusia 20 ke atas. Dalam penyakit ini, tubuh menghasilkan insulin dengan kadar sedikit atau tidak ada langsung. Suntikan insulin setiap hari diperlukan. Punca yang jelas tidak diketahui.Mungkin disebabkan genetik, virus, dan masalah autoimun.

• Jenis kedua, diabetes jauh lebih umum daripada jenis pertama. Kebanyakakan kes diabetes berlaku pada jenis ini. Kebiasaanya terjadi pada pesakit berusia dewasa, tetapi orang-orang muda juga semakin menderita penyakit ini. Hal ini terjadi, apabila pankreas tidak menghasilkan insulin dengan cukup untuk mengawal kadar glukosa dalam darah. Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit diabetes jenis kedua.Diabetes jenis kedua selalunya terjadi kerana obesiti meningkat dan kegagalan untuk bersenam.

• Diabetes kehamilan pula terjadi apabila glukosa dalam darah menjadi tinggi yang berkembang setiap saat selama berlaku kehamilan pada wanita yang tidak menderita diabetes. Wanita yang mempunyai penyakit diabetes kehamilannya adalah berisiko tinggi diabetes jenis kedua dan penyakit kardiovaskular di kemudian hari.

Statistik kajian
Diabetes mempengaruhi lebih daripada 20 juta orang Amerika.Lebih daripada 40 juta orang Amerika mempunyai pra-diabetes (Tahap awal diabetes jenis kedua).
Faktor-faktor risiko diabetes jenis kedua, termasuk:
• Orang yang berumur 45 ke atas
• Gestational diabetes atau melahirkan bayi dengan berat lebih dari 9 pounds
• Pesakit yang mempunyai penyakit jantung
• kadar kolesterol darah tinggi
• Obesiti
• Tidak cukup bersenam
• Penyakit polikistik ovari (pada wanita)

Gejala diabetes jenis pertama:
• Kelelahan
• cepat haus
• Kerap buang air kecil
• Mual
• Muntah
• Berat badan dan nafsu makan meningkat
Pesakit dengan diabetes jenis pertama biasanya mengalami gejala selama masa yang singkat. Keadaan ini sering dikesan dalam keadaan kecemasan.

Gejala diabetes jenis kedua:
• kabur penglihatan
• Kelelahan
• Meningkatkan nafsu makan
• Cepat haus
• Kerap buang air kecil

DIRI PENGUJIAN
Jika anda mempunyai diabetes, doktor akan meminta anda untuk menyemak kadar gula darah anda secara teratur di rumah.Ada beberapa alat yang boleh digunakan, dan alat  tersebut hanya mengambil setitik darah. Pemantauan diri ini akan memberitahu anda tentang kadar glukosa dalam darah. Hal ini dapat membantu doktor anda dalam mencegah komplikasi.
The American Diabetes Association mengesyorkan menjaga kadar gula darah dalam pelbagai berdasarkan usia anda.Bincangkan tujuan tersebut dengan doktor dan pendidik diabetes.
Sebelum makan:
• 70 - 130 mg / dL untuk orang dewasa
• 100-180 mg / dL untuk anak di bawah usia 6
• 90-180 mg / dL untuk anak-anak 6 - 12 tahun
• 90 - 130 mg / dL untuk anak-anak 13 - 19 tahun
semasa tidur:
• Kurang dari 180 mg / dL untuk orang dewasa
• 110-200 mg / dL untuk anak di bawah usia 6
• 100-180 mg / dL untuk anak-anak 6 - 12 tahun
• 90 - 150 mg / dL untuk anak-anak 13 - 19 tahun

CARA Pengambilan ubatan
Ubat untuk mengubati diabetes termasuk insulin dan pil penurun glukosa disebut ubat hipoglikemik oral.
-Pesakit diabetes jenis pertama tidak boleh membuat insulin sendiri. Mereka memerlukan suntikan insulin setiap hari. Insulin tidak berbentuk pil. Suntikan umumnya diperlukan 1-4 kali sehari. Sesetengah orang menggunakan pam insulin. Hal ini digunakan pada bila-bila masa untuk memberikan aliran insulin sepanjang hari. Orang lain boleh menggunakan insulin inhalasi.
-Manakala diabetes jenis kedua tidak sama caranya dengan diabetes jenis pertama, cara pengubatannya melalui sukan, diet, dan ubat-ubatan yang di ambil melalui mulut. Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah pada diabetes jenis kedua.
-Ubat boleh beralih ke insulin saat kehamilan dan saat menyusui.
-Gestational diabetes boleh diubati dengan latihan dan perubahan dalam diet.
-Sukan
-Senaman teratur sangat penting bagi pesakit diabetes. Hal ini membantu dalam mengawal gula dalam darah, penurunan berat badan, dan tekanan darah tinggi. Pesakit diabetes yang bersenam cenderung mengalami serangan jantung atau stroke berbanding mereka yang tidak bersenam secara teratur.

FOOT CARE:
Pesakit diabetes kemungkinan besar mengalami masalah kaki.Diabetes boleh merosakkan pembuluh darah dan saraf seterusnya menurunkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan. Anda mungkin tidak mengalami kecederaan kaki sampai jangkitan berkembang. Kematian kulit dan rangkaian yang lain boleh berlaku.
Jika tidak dirawat, kaki yang terkena mungkin perlu diamputasi.Diabetes adalah keadaan yang paling umum yang membawa  ke arah amputasi.
Untuk mengelakkan kecederaan pada kaki sentiasa membuat pemeriksaan pada kaki dan rawatan untuk kaki anda setiap hari.

Dengan pengawalan glukosa darah yang baik dan kawalan tekanan darah, banyak komplikasi diabetes dapat dicegah.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kawalan ketat gula dalam darah, kolesterol, dan tahap tekanan darah pada pesakit diabetes membantu mengurangkan risiko penyakit buah pinggang, penyakit mata, penyakit sistem saraf, serangan jantung, dan stroke.

Komplikasi
komplikasi Kecemasan meliputi:
• diabetes koma hiperosmolar hyperglycemic
• diabetes ketoasidosis
komplikasi jangka panjang meliputi:
• Aterosklerosis
• Penyakit arteri koronari
• diabetes nefropati
• diabetik neuropati
• diabetik retinopati
• Ereksi masalah
• Hiperlipidemia
• Hipertensi
• Jangkitan pada kulit, saluran kencing perempuan, dan saluran kemih
• penyakit pembuluh darah periferi
• Stroke

Rujukan

1. Alemzadeh R, DT Wyatt. Diabetes Mellitus. Dalam: Kliegman RM, ed. Kliegman: Nelson Textbook of Pediatrics. 18 ed.Philadelphia, Pa: Saunders, 2007: chap 590.
2. American Diabetes Association. Diagnosis dan klasifikasi diabetes mellitus. Diabetes Care. 2010; 33 Bil 1: S62-S69.[PubMed]
3. American Diabetes Association. Standard rawatan perubatan dalam diabetes - 2010. Diabetes Care. 2010; 33 Bil 1: S11-S61.[PubMed]
4. Eisenbarth GS, KS Polonsky, Buse JB. Jenis 1 Diabetes Mellitus. Dalam: Kronenberg HM, S Melmed, KS Polonsky, PR Larsen. Kronenberg: Williams Textbook Endokrinologi. 11 ed.Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2008: chap 31.
Review Date: 2010/05/10.
Ditinjau oleh: Ari S. Eckman, MD, Bahagian Endokrinologi dan Metabolisme, Johns Hopkins School of Medicine, Baltimore, MD.Review disediakan oleh VeriMed Healthcare Network. Juga dilihat oleh David Zieve, MD, MHA, Pengarah Perubatan, ADAM, Inc

Undi Anda adalah Rahsia